Ahad, 27 Februari 2011

BAGAIMANA BERIMAN DENGAN AL-QURAN


بسم الله الرحمن الرحيم

BAGAIMANA BERIMAN DENGAN AL-QURAN

Rukun Iman terdiri daripada enam perkara. Antaranya ialah keimanan kepada kitab-kitab. Kitab-kitab ini ialah kitab yang diwahyukan oleh Allah kepada para rasul. Terdapat empat buah kitab iaitu Zabur, Taurat, Injil dan al-Quran.


Maksud Beriman dengan Kitab

Keimanan dengan kitab adalah kepercayaan bahawa kitab tersebut ialah kitab samawi yang diwahyukan oleh Allah kepada para rasul. Zabur diwahyukan kepada Nabi Daud. Taurat diturunkan kepada Nabi Musa dan Injil kepada Nabi Isa, manakala al-Quran diwahyukan kepada Nabi Muhammad. Itulah kadar keimanan yang dituntut dalam aspek keimanan kepada kitab-kitab.

Firman Allah yang bermaksud: “ Wahai orang yang beriman! Berimanlah kamu kepada Allah, dan rasul-Nya dan kitab yang Ia turunkan kepada rasul-Nya dan kepada kitab yang Ia turunkan sebelumnya. Dan sesiapa yang kufur kepada Allah, para malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, para rasul-Nya dan hari akhirat, maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang nyata.” (surah al-Nisa’ 4:136)


Dasar keimanan terhadap kitab-kitab selain al-Quran bukanlah bermakna kandungannya perlu diamalkan. Panduan dan pedoman hanyalah dengan al-Quran.Adapun kitab-kitab yang lain hanya diimani sebagai wahyu daripada Allah sahaja.



Dakwaan Bahawa al-Quran Bukan Kitab Suci

Dalam kejelasan aqidah yang jazam, muktamad dan pasti,ada pula pendapat dan teori yang mengatakan bahawa al-Quran bukanlah kitab suci. Pendapat ini sekadar menilai al-Quran sebagai sebuah buku sastera yang tinggi bahasanya. Maka al-Quran tidak perlu dimuliakan, malah kemuliaannya hanya setaraf dengan buku-buku yang lain.

Dakwaan bahawa al-Quran bukan kitab suci muncul hasil kajian beberapa tokoh yang juga masih dianggap Muslim. Malah ada dikisahkan peristiwa bagaimana seorang Muslim sanggup memijak sehelai kertas yang tertulis lafaz nama Allah. Ia satu pembuktian bahawa lafaz Allah tidak perlu dimuliakan, maka al-Quran juga tidak perlu dimuliakan.

Alangkah malangnya kefahaman bahawa al-Quran bukan kitab suci. Kalau dalam masyarakat agama lain, kitab-kitab agama mereka dianggap mulia dan suci. Dalam kristian, bible dianggap kitab suci dengan disebut sebagai holy bible. Apatah lagi berkaitan dengan kitab suci al-Quran.

Sifat-sifat yang dinisbahkan kepada al-Quran menggambarkan kemuliaan al-Quran, ia dianggap mulia dan suci. Contohnya rumah Allah. Kesuciannya menuntut agar ia dimuliakan dan dihormati. Bagi al-Quran, kesucian al-Quran menuntut agar ia dihormati,dimuliakan, dibaca,ditadabbur,dihayati dan diamalkan.

Oleh sebab itu, kesucian dan kemuliaan al-Quran hendaklah dijaga dengan sebaik mungkin. Perbuatan yang merendahkan martabat al-Quran amat tidak wajar sama sekali. Ia satu perbuatan yang menghina kemuliaan al-Quran.

Jagalah kesucian al-Quran dengan sentiasa membacanya. Jagalah kesucian kitab Allah dengan menghayati dan mentadabburkan ayat-ayat Allah. Jagalah kesucian al-Quran dengan menurut apa yang terkandung dalam kitab Allah.

13 ulasan:

muslimah berkata...

bagaimana pula ada mengatakan al-quran bukan kalam tuhan yakni Allah...benar @ tidak?

muslimah berkata...

satu lagi betul ka al-quran bersifat baru..haadithun kerana ia juga makhluk yg disampaikan kepada nabi melalui perantaraan jibril cara wahyu
mohon penjelasan...;)

puteri solehah berkata...

salam. i'm not understand why the 'tokoh" said like that.. mcm mn kita bole kata tokoh sedangkan mcm tu plak kenyataan nya.... " terang lagi bersuluh ni dalil dr alquran..Firman Allah yang bermaksud: “ Wahai orang yang beriman! Berimanlah kamu kepada Allah, dan rasul-Nya dan kitab yang Ia turunkan kepada rasul-Nya dan kepada kitab yang Ia turunkan sebelumnya. Dan sesiapa yang kufur kepada Allah, para malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, para rasul-Nya dan hari akhirat, maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang nyata.” (surah al-Nisa’ 4:136.. so kita pun thu beriman dengan kitab Allah wajib. beerti beriman dengan kitab Allah wajib. itu sebahagian dari rukun iman. so in my opinion tak sempurna lah iman jika xcukup rukun.. wallahua'lam.....

puteri solehah berkata...

al quran kalam ALLAH! Tidak benar mengatakan alquran isn't (BUKAN) kalamullah.. belajar, seek ilmu seikhklas hati, the important is belajar dengan mereka yang lebih tahu dan memang ahlinya.rujuk masadir yang sah, Alquran hadis n so on. belajar dengan faham kitab2 yang ditulis oleh ulama' yg dipercayai,amal baca surah assajdah pas solatI.Allah dapat ilmu yang yakin.takder keraguan lagi.hati2,umat islam akhir zaman berpecah kpda banyak bahgian. satu yang benar,(sila rujuk untuk detail)semoga kita berada dijalan yang lurus,pesanan buat diri ana jugak=)

serikandi usim berkata...

sama2 psn..jdkn amalan bertilawah al-Quran tiap2 hr ambik masa walaupun dalam beberapa minit tapi jgn tinggal langsung dalm sehari..sama2 qiraat ayatul quran sambil bertadabbur dan kaji guna tafsir yang betul2 ape hikmah Allah menetapkan sesuatu hukum tersebut semuanya untuk kebaikan kita sesungguhnya mengkaji nilai-nilai ilmu, logik dan firasat yang terkandung di dalam al-Qur’an adalah merupakan salah satu jalan yang akan menguatkan keimanan kita terhadapnya dan membantu orang yang tidak beriman untuk beriman kepadanya. Dan di dalam kaedah usul, apa-apa yang baik, maka jalan-jalan yang mengarahkan kepadanya adalah juga baik dan dituntut.
syukran jaziln share :-)

Anonymous berkata...

Al-Quran sebagai panduan dan pedoman hidup:

1.Kita wajib mempercayai kitab Al-Quran kerana ia merupakan pelengkap kepada kesempurnaan rukum Iman seseorang Muslim.
2.Kita perlu yakin isi kandugan Al-Quran secara umum atau mempunyai prinsip dasar mengatur seluruh kehidupan manusia bermula dari sekecil-kecil urusan hinggalah sebesar-besar urusan.
3.Kita jadikan amalan membaca Al-Quran setiap hari sekurang-kurangnya satu ayat dengan mengikut kaedah yang betul bagi mengelak kesalahan pada makna sebenar.
4.Kita berusaha menjadikan diri dan keluarga kita sentiasa dalam keredhaan Allah s.w.t. dengan beramal dengan akhlak Al-Quran .
5.Kita menghayati pengajaran yang terkandung di dalam Al-Quran, di samping menjadikan Al-Quran sebagai benteng kepada godaan dunia serta sentiasa memohan dilindungi Allah s.w.t.

Anonymous berkata...

perbuatan Muslim sanggup memijak sehelai kertas yang tertulis lafaz nama Allah amatlah tidak patut..sdgkan dia brgelar seorg muslim,mngapa snggp dia mmijak ayt suci al-Quran?? astaghfirullah al azim..nauzubillahi min zalik..mga2 dia dberi keampunan oleh Allah :(

hamba Allah berkata...

apa yang penting sebagai umat Islam yang berpegang teguh dengan akidah yang sahih mesti meletakkan al-Quran dan al-Sunnah sebagai panduan utama dalam menjalani kehidupan di muka bumi Allah ini.

Batrisya berkata...

Sama2lah kita renungkan... Jadikan al-Quran sebagai panduan dan pedoman hidup ... semoga kita sama2 menghayatinya

DHIA berkata...

marilah kita memelihara kesucian AL-QURAN serta memahami isi kandungannya dengan baik...

Anonymous berkata...

syukran..informasi yg berguna...Al-quran adalah panduan khidupan umat Islam.oleh itu sama2 lah kita menghayati dan mentadabur al-Quran dgn sebaiknya agar hidup kita mendpt barokahNYA..

umaierah berkata...

perkongsian yang menarik...kita sebgai umat islam perlu menjaga kesucian al-quran..yg mn ianya merupakan mukjizat serta panduan dari Allah swt

Tanpa Nama berkata...

Maaf pengetahuan saya tidak seberapa . Segala kenyataan saya ini harap difahami betul2 supaya tidak disalah ertikan.Erti menjaga kesucian AlQuran ialah. Maknusia dianugrah AlQuran untuk dibaca,difahami dan dipegangi. 1.Secara lahiriah kita harus menjaga kesucian AlQuran supaya tidak dicemari dgn memahami dgn fahaman yg membawa kpd kefahaman untuk bercampur aduk dgn kefahaman jahiliah. Jahiliah sentiasa ada pada mana2 zaman sekalipun.Termasuk mengunakan ayat2 AlQuran untuk kepentingan diri dan nafsu.2.menjaga kesucian AlQuran adalah apabila kita sudah memahami kehendak ALlah didalam AlQuran kita hendaklah mengamalkannya. Apabila kita mengamalkanya segala yg ada terkandung didalam AlQuran itu menjadi petujuk bagi kita. Setelah mendapat petunjuk kita seharusnya menjaganya supaya kita tidak melangar segala perintah dan larangan AlLah kpd maknusia. Supaya kesucian diri itu terjaga. Apabila maknusia itu sudah memiliki sifat takwa maka selamatlah dia dari segala yg keburukan.

Catat Ulasan

 
Design by SUNNAH STUDIO | Bloggerized by TERBITAN MUKMIN - Premium Blogger Themes | MADU KEIMANAN, SUNNAH STUDIO