Rabu, 23 November 2011

Sucinya Wanita Yang Berhaidh Pada Akhir Waktu

Tidak ada khilaf di kalangan ulama bahawa:

Apabila seorang wanita yang berhaidh atau bernifas telah suci dan baki waktu sembahyang masih ada sekadar sempat dilakukannya satu rakaat maka ia wajib menunaikan sembahyang itu, berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w:

"Barangsiapa sempat mendapat satu rakaat daripada sembahyang maka ia mendapat sembahyang itu ".
(hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Hadith ini bermaksud bahawa orang yang tidak sempat mendapat satu rakaat maka ia tidak dikira mendapat sembahyang itu.

Jika perempuan itu suci dan waktu sembahyang yang tinggal hanyalah mencukupi untuk melakukan takbiratul ihram atau kurang daripada satu rakaat, seperti ia suci sebelum terbit matahari dan waktu yang masih tinggal hanya sekadar sempat melakukan takbiratul ihram, maka dalam hal ini terdapat dua qaul. Menurut pendapat yang asah apabila wanita itu selesai bersuci maka ia wajib mengqada' sembahyang subuh kerana ia telah mendapati satu bahagian dari waktu subuh, oleh itu ia samalah seperti orang yang sempat mendapat jamaah ( dalam sembahyang beljemaah). Begitu juga, wanita itu wajib mengqada'kan sembahyang waktu yang sebelumnya jika waktu yang sebelum itu boleh dijama'kan dengan waktu yang ia sedang berada. Maka ia wajib sembahyang zohor dan asar jika ia suci dan sempat mendapatkan satu takbiratul ihram ketika akhir waktu asar dan sembahyang maghrib dan 'isya jika ia suci dan sempat mendapatkan takbiratul ihram pada akhir waktu 'isya'. Ini kerana waktu yang kedua juga merupakan waktu yang pertama dari sudut keharusan menjama'kan antara kedua-dua sembahyang itu, maka begitulah juga dari sudut kewajipan menunaikan kedua-dua sembahyang itu.

Pendapat kedua mengatakan:
Untuk mewajibkan seorang wanita yang suci daripada haidhnya menunaikan sembahyang maka disyaratkan ia sempat mendapat satu rakaat pada waktunya, sama halnya seperti sembahyang jumaat. Sembahyang jumaat tidak diperolehi dengan kurang daripada satu rakaat. Oleh itu apabila wanita yang berhaidh sempat mendapat satu ruang di dalam waktu yang tidak mencukupi untuk ditunaikan satu rakaat yang sempurna maka sembahyang itu tidak wajib ke atasnya

sekadar gambar hiasan

HAKIKAT NIFAS DARI SUDUT BAHASA DAN SYARA'

Nifas pada bahasa bererti bersalin. Apabila seorang
wanita bersalin ia dikenali sebagai nufsa', dan wanita-wanita
yang bersalin dipanggil nifas.
Dari sudut syara' ia bererti darah yang keluar
selepas bersihnya rahim daripada kandungan atau
dengan kata lain, darah yang keluar sebaik sahaja
bersalin atau selepasnya. Ini merupakan takrif di
kalangan ulama Syafie. Golongan Hanbali mentakrifkan
nifas sebagai darah yang keluar dari rahim selepas
keluarnya bayi atau keluar sebahagian besar tubuh bayi
walaupun secara terputus-putus satu anggota demi satu
anggota dan bukannya sebabagian kecil yang keluar.
Ulama Maliki mentakrifkan nifas sebagai darah yang
keluar dari kemaluan hadapan kerana bersalin samada
keluar serentak dengan bersalin atau selepasnya, bukan
yang keluar sebelumnya walaupun darah yang keluar di
antara dua anak kembar. Golongan Hanbali
mentakritkannya sebagai darah yang keluar dari rahim
kerana bersalin samada serentak atau selepas atau
sebelumnya selama dua hari atau tiga hari berserta rasa
sakit hendak bersalin.

Hukum Mengqada' Sembahyang

Tidak ada khilaf di kalangan fuqaha' bahawa perempuan yang berhaidh tidak perlu mengqada'kan sembahyangnya apabila ia telah suci, kecuali satu pendapat yang dinukilkan daripada sekumpulan puak Khawarij yang mewajibkan qada,' bagi sembahyang yang luput semasa hari-hari haidh. Pendapat ini bercanggah dengan ijma' para ulama. Namun begitu jika wanita itu mengqada'kan sembahyangnya setelah ia suci, adakah sembahyangnya sah atau ia dikira mencampuradukkan ibadat yangg fasid yang dilarang daripadanya? Pengarang kitab al-Muhimmat menukilkan pendapat daripada Ibn Solah, al-Nawawi, dan al-Baidhawi yang menyebutkan bahawa perbuatan itu haram kerana Aisyah r.a melarang orang yang bertanyakannya tentang masalah itu daripada menunaikan sembahyang. Ini juga kerana melakukan qada' adalah terhadap sesuatu yang diperintah untuk dilakukan. Satu pendapat yang dinukilkan daripada Ibn aI-Solah, al-Ruyani dan at-'Ajli menyebutkan ianya makruh dilakukan. Al-Khatib mengatakan, menurut wajah yang paling kuat adalah  seperti yang dikatakan oleh guru kami iaitu tidak haram. Ini tidak sedikitpun berkaitan dengan larangan Aisyah r.a. Berdasarkan kepada pendapat ini maka adakah sembahyang yang dilakukan itu sah atau tidak? Menurut wajah yang paling kuat sembahyang itu tidak sah kerana pada asalnya jika sembahyang itu tidak diperintahkan maka tidak sahlah ia dilakukan. Dalam hal berpuasa yang diwajibkan qada' terhadap wanita haidh adalah kerana adanya perintah baru yang datang daripada Nabi shallallaahu `alaihi wasallam.

HAKIKAT HAIDH DARI SUDUT BAHASA DAN SYARA'

Para ulama Islam bersependapat bahawa darah yang keluar dari kemaluan wanita terbahagi kepada tiga, iaitu:

1. Darah haidh: Darah yang keluar ketika seseorang berada dalam keadaan sihat.
2. Darah nifas: Darah yang keluar selepas bersalin.
3. Darah istihadhah: Darah yang keluar bukan pada masa haidh dan nifas dan ia dikira sebagai darah penyakit.

Darah haidh mempunyai pengertian yang tersendiri dari sudut bahasa dan syara'. Dari sudut bahasa haidh bererti mengalir. Oleh itu orang Arab menyebutkan haadhal wadi yang  bermaksud oasis yang mengalir airnya. la dinamakan haidh kerana ia mengalir pada waktu-waktunya yang tertentu. Dari sudut syara' ia bererti darah semulajadi yang keluar dari dalam rahim wanita setelah sampai peringkat baligh ketika dalam keadaan sihat tanpa apa-apa sebab pada waktu-waktu yang tertentu.

Pengarang kitab al-Hawi menyebutkan:

Perkataan mahidh pada firman Allah Taala:
وَيَسْئَلُونَكَ عَنِ الْمَحِيْضِ

Dan mereka bertanya kepadamu tentang mahidh
(al-Baqarah 222)

bermaksud darah haidh dengan ijma' ulama.Sementara perkataan mahidh pada firman Allah :

فَاعْتَزَِلُوا النِّسَاءَ فِى الْمَحِيْضِ

Maka jauhilah wanita pada mahidh

ada yang· mengatakan ianya bermaksud darah haidh dan ada yang mengatakan ia bermaksud masa haidh dan tempatnya iaitu faraj. Beliau mengatakan bahawa ini adalah pendapat para isteri baginda s.a.w dan jumhur mufassirin(1). Haidh juga dinamakan sebagai adza (kotoran) kerana wamanya yang buruk di samping baunya yang busuk serta kenajisan dan kemudaratannya.

Nama-nama Haidh :

Terdapat sepuluh nama bagi haidh(2) iaitu:

  1. الحيض ( nama yang paling masyhur) 
  2. الطمث (wanitanya dikenali sebagai طامث)
  3. العراك ( wanitanya dikenali sebagai عارك)
  4. الضحق( wanitanya dikenali sebagai ضاحق)
  5. الاكبار ( wanitanya dikenali sebagai مكبر)
  6. الاعصار ( wanitanya dikenali sebagai معصر)
  7. الطمس ( wanitanya dikenali sebagai طامس)
  8. الدراس ( wanitanya dikenali sebagai دارس)
  9. الفراك ( wanitanya dikenali sebagai فارك)
  10. النفاس ( wanitanya dikenali sebagai نفساء)
Pendapat yang mengatakan banyaknya nama menunjukkan kemuliaan penama adalah berdasarkan perkara yang sering berlaku. Kadangkala banyaknya nama juga menunljukkan kejelekan penama seperti nama-nama haidh yang disebutkan ini.
Al-Jahiz di dalam kitab "al-Hayawan" menyebutkan: Makhluk bernyawa yang mempunyai haidh terdapat empat jenis iaitu, manusia, amab, dhubu' dan kelawar. Beliau menambah empat jenis binatang lagi iaitu unta, anjing, cicak dan kuda. Adanya haidh bagi empat jenis yang pertama adalah sabit secara kesepakatan ulama sementara empat yang akhir masih terdapat kelainan pendapat tentangnya. Selain daripada itu ada juga ditambah binatang yang lain iaitu bintu wardan (sejenis serangga seperti lipas) dan bintu 'irs (sejenis bintang lebih besar daripada tikus dan bertubuh panjang, memburu arnab)(3).

PENGENALAN ISTILAH-ISTILAH DALAM FIQH SYAFI'E

Azhar : Pendapat yang berasa daripada dua qaul atau lebih oleh Imam Syafi'e, di mana perselisihan dalam menentukan manakah qaul yang sebenarnya oleh Imam Syafi'e sangat kuat. Lantaran itu pendapat yang paling kuat dan terserlah hujahnya di antara qaul-qaul itu dikenali sebagai azhar. Sementara pendapat satu lagi yang berlawanan dengannya dikenali sebagai zahir kerana kekuatan dalil kedua-duanya.

Masyhur: Pendapat yang berasal daripada dua qaul atau lebih oleh Imam syafi'e, di mana dalam menentukan manakah qaul yang sebenamya oleh Syafi'e tidak terdapat perselisihan yang kuat. Qaul yang paling kuat dalam perselisihan ini dikenali' sebagai masyhur sementara lawannya dikenali sebagai gharib kerana kelemahan hujahnya.
Azhar dan Masyhur merupakan fatwa yang lahir daripada Imam Syafi'e sendiri.

Asah: Berasal daripada dua pendapat atau lebih oleh para ulama mazhab syafi'e di mana mereka memfatwakannya berdasarkan kepada pendapat Imam Syafi'e atau mereka mengistinbatkannya berdasarkan kepada kaedah-kaedah yang dipakai oleh Imam Syafi'e. Perselisihan di antara qaul-qaul itu sangat kuat. Oleh itu pendapat yang paling terserlah kekuatan dalilnya dikenali sebagai asah.

Sohih: Berasal daripada dua pendapat, atau lebih oleh para ulama mazhab syafi'e, tetapi perselisihan di antara pendapat-pendapat itu tidak kuat. Pendapat yang terkuat di antaranya dikenali sebagai Sohih, sementara lawannya merupakan qaul dhaif (lemah) kerana kesalahan hujahnya.

Asah dan Sohih merupakan fatwa yang lahir daripada ulama-ulama Syafi'e.

Wajah: Bererti pandangan atau fatwa yang lahir daripada ulama-ulama mazhab Syafi'e sementara istilah qaul diguna pakai untuk pendapat imam Syafie sendiri.

Mazhab: Berasal daripada dua jalan atau lebih iaitu perselisihan ulama-ulama Syafi'e dalam melaporkan tentang mazhab syafi'e, seperti sesetengah mereka melaporkan bahawa dalam masalah tertentu terdapat dua qaul oleh Imam Syafi'e atau dua wajah oleh para ashab (ulama-ulama mazhab Syafi'e), sementara sebahagian yang lain pula memutuskan bahawa satu sahaja di antara qaul-qaul itu oleh Imam Syafi'e. Maka qaul yang satu yang diputuskan ini diungkapkan dengan istilah  mazbab. Mazhab merupakan pandangan yang dikira sebagai fatwa dalam mazhb syafi'e.

Nas: Bererti nas (perkataan) Imam Syafi'e sendiri. Lawannya ialah wajah yang Dhaif atau qaul Mukharraj. Qaul Mukharraj merupakan hasil jawapan yang diberikan oleh Imam Syafi'e terhadap dua hukum yang berbeza tetapi dalam gambaran yang seakan-akan sama di mana tidak jelas tanda yang dapat membezakan di antara kedua-dua hukum itu. Lantaran itu para ulama mazhab Syafi'e telah menukilkan jawapan imam Syafi'e itu dengan menyatakan hukum itu pada dua keadaan yang dijawab oleh Syafi'e. Dengan itu setiap daripada dua jawapan itu menyebabkan timbulnya dua qaul, iaitu qaul mansus (Dipercayai sebagai pendapat Syafi'e yang sebenar) dan qaul Mukharraj. Menurut pendapat yang asah qaul Mukharraj tidak boleh dinisbahkan kepada imam Syafi'e kerana ada kemungkinan beliau menarik balik daripada berpendapat dengan qaul itu. walaupun begitu kadangkala sesuatu masalah difatwakan bukan berdasarkan kepada nas.

Jadid: Pendapat yang difatwakan oleh Imam Syafi'e semasa berada di Mesir samada pendapat yang dimuatkan dalam tulisannya atau yang disampaikan melalui fatwanya.

Qadim: Pendapat yang difatwakan oleh Imam Syafi'e semasa berada di Iraq yang dimuatkan dalam kitabnya al-Hujjah atau yang difatwakannya secara lisan. Imam Syafi'e telah menarik balik pendapat-pendapat ini dan tidak mengharuskan difatwakan dengannya Namun para ulama mazhab syafi'e telah memberikan fatwa berdasarkan pendapat qadim dalam kira-kira 17 masalah. Tentang pendapat Syafi'e semasa beliau berada di antara Mesir dan Iraq maka pendapatnya yang terkemudian dikenali sebagai jadid sementara pendapat yang awal dikenali sebagai qadim. Apabila dalam sesuatu persoalan terdapat fatwa Jadid dan qadim maka yang patut diamalkan ialah fatwa jadid.

Selasa, 26 Julai 2011

Kurang ajar engkau!

Terdapat satu hikayat yang berlaku ke atas dua orang, yang seorang berilmu tetapi tidak beribadah, yang seorang lagi beribadah tetapi tidak berilmu. Mereka dicuba dan diuji oleh seseorang, sampai di mana jahatnya orang yang berilmu tapi tidak beribadah, dan jahatnya orang yang beribadah tetapi tanpa ilmu. Dia mendatangi keduanya dengan memakai pakaian yang hebat. Kepada orang yang beribadah ia berkata begini, " Hai! hamba-Ku aku sudah ampuni dosamu seluruhnya, sekarang kau tidak perlu lagi beribadah". maka jawab orang yang ibadah itu, " Oh, itulah yang ku harapkan dari-Mu ya Tuhanku", disangka orang yang bersuara itu adalah Tuhannya, sebab ia tidak mengetahui sifat-sifat Tuhan. Kemudian ia datang kepada orang yang berilmu yang sedang minum arak dan berkata : " Hai, kamu akan diampuni dosamu! " Maka ia menjawab : " Kurang ajar engkau! " lalu dicabutnya pedang, " Engkau sangka aku tidak mengetahui Tuhan? "

Demikianlah bahawa orang yang berilmu itu tidak mudah ditipu syaitan, tetapi sebaliknya orang yang tidak berilmu sangat mudah ditipu oleh syaitan

Tertipu....

Ada satu hikayat bahawa seorang ahli ibadah yang jahil selalu berdoa agar dapat melihat iblis. Ada yang menasihatinya : Jangan berdoa demikian! mintalah keselamatan kepada Allah ta`ala daripada tipudayanya. Namun ia tetap berkeras kepala ingin melihat iblis. Maka diperlihatkan Allah ta`ala kepada Iblis. Ketika ia melihat iblis ia hendak ditamparnya. Maka iblis itu berkata sepertimana berikut, " Andaikata aku tidak tahu bahawa umurmu masih 100 tahun lagi, aku bunuh engkau dan juga aku hukum! " Maka tertipu dia : "Wah hidupku ini seratus tahun lagi." Dia berkata dalam hatinya, " Masih panjang umurku, nanti sahaja aku beribadah, kalau sudah dekat mati baru aku bertaubat dan mulai beribadah, kalau dari sekarang terasa sangat payah. Aku akan melakukan maksiat sepuas-puasnya, nanti kalau sudah hampir 100 tahun barulah aku bertaubat."
Akhirnya dia mengerjakan maksiat sepuas-puasnya dan meninggalkan ibadah, dan sebelum 100 tahun dia mati. Itulah orang yang suka berlagak tahu.

Isnin, 25 Julai 2011

Rukun Iman dan Pengertiannya

Rukun

  • Percaya kepada Allah

Sifat Allah

Wajib

Mustahil

Harus

20

Lawan sifat 20

1

  • Percaya kepada Malaikat

Malaikat yang wajib dipercayai secara tafsili

Jibril Menyampaikan wahyu Mikail Membawa rezeki Israfil Meniup sangkakala ‘Izrail Mencabut nyawa Munkar Menyoal mayat di dalam kubur Nakir Menyoal mayat di dalam kubur Raqib Mencatit amalan kebajikan Atid Mencatit amalan kejahatan Malik Menjaga pintu neraka Ridwan Menjaga pintu syurga

  • Percaya kepada Kitab

Kitab Samawi

1. Al-Quran oleh Nabi Muhammad dalam Bahasa Arab

2. Injil oleh Nabi Isa dalam Bahasa Siryani

3. Zabur oleh Nabi Daud dalam Bahasa Qibti

4. Taurat oleh Nabi Musa dalam Bahasa Ibrani

  • Percaya kepada Rasul

1. Adam 2. Idris 3. Nuh 4. Hud 5. Saleh 6. Ibrahim 7. Luth 8. Ishak 9. Ismail 10. Ya’qub 11. Yusuf 12. Ayub 13. Syu’aib 14. Harun 15. Musa 16. Ilyasa’ 17. Zulkifli 18. Daud 19. Sulaiman 20. Ilyas 21. Yunus 22. Zakaria 23. Yahya 24. Isa 25. Muhammad S.A.W.

  • Percaya kepada Hari Akhirat
  • Percaya kepada Qadha’ dan Qadar
    • Erti Qadha’ adalah perlaksanaan setiap satu perkara
    • Erti Qadar pula adalah ketentuan setiap satu perkara
    • Oleh itu percaya kepada Qadha’ dan Qadar adalah setiap perkara yang terjadi itu adalah kehendak dan ketentuan Allah

www.bahrulkalam.blogspot.com

www.terbitanmukmin.blogspot.com

www.bahrulkalam.blogspot.com

www.terbitanmukmin.blogspot.com

ikhlas adalah cara utama mengatasi riak

Apabila engkau bertanya : "kalau demikian, mohon diterangkan apa hakikat ikhlas dan riak itu, dan bagaimana hukumnya dan bagaimana asar ( kesannya ) terhadap ilmu?"Hendaknya dimaklumi bahawa ikhlas itu mengikat pandangan ulama dari kalangan kita ada dua macam, iaitu :

1. Ikhlas dalam amal

2. Ikhlas dalam memohon pahala

Adapun ikhlas dalam beramal, ialah niat kita bertaqarrub kepada Allah dan niat kita mengagungkan perintah-Nya dan niat melaksanakan seruan Tuhan. Yang mendorong semuanya itu, ialah ijtihad yang sungguh-sungguh.

Adapun lawan dari ikhlas ialah kemunafiqan yakni taqarub kepada selain dari Allah.Berkaitan dengan perkara ini salah seorang dari guruku rahimahullah ta`ala berkata : " Nifaq iaitu iktikad yang salah, yakni iktiqad orang-orang yang munafiq kepada Allah."

peringatan orang yang tidur...

Dan berkata guru kami rahimahullah : "Dunia itu hanya tiga nafas sahaja : Satu nafas telah lalu membawa amalanmu yang dikerjakan pada nafas itu, dan satu nafas yang sedang engkau alami, dan satu nafas lagi ialah apakah engkau alan sampai kepadanya ataupun tidak; kerana ramai orang yang sedang bernafas terburu oleh datangnya maut sebelum bernafas lagi. Jika demikian halnya, maka hanya ada satu nafas sahajayang engkau miliki bukan hari dan bukan saat, kerana itu segheralah melakukan taat pada nafas yang sedang engkau miliki, sebelum ia pergi dan bertaubatlah, sebab siapa tahu bahawa pada nafas kedua itu engkau akan mati"

Isnin, 6 Jun 2011

DOA MAULID

DOA MAULID

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Pengasih

الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ، اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ، جَعَلَنَا اللهُ وَإِيَّاكُمْ مِمَّنْ يَسْتَوْجِبُ

شَفَاعَتَهُ، وَيَرْجُوْ مِنَ اللهِ رَحْمَتَهُ وَرَأْفَتَهُ، اللَّهُمَّ بِحُرْمَةِ هَذَا النَّبِيِّ الْكَرِيْمِ، وَآلِهِ، وَأَصْحَابِهِ السَّالِكِيْنَ، عَلَى مَنْهَجِهِ الْقَوِيْمِ، إِجْعَلْنَا مِنْ خِيَارِ أُمَّتِهِ، وَاسْتُرْنَا بِذَيْلِ حُرْمَتِهِ، وَاحْشُرْنَا غَدًا فِيْ زُمْرَتِهِ، وَاسْتَعْمِلْ أَلْسِنَتَنَا فِيْ مَدْحِهِ وَنُصْرَتِهِ، وَأَحْيِنَا مُتَمَسِّكِيْنَ بِسُنَّتِهِ وَطَاعَتِهِ، وَأَمِتْنَا اللَّهُمَّ عَلَى حُبِّهِ وَجَمَاعَتِهِ، اَللَّهُمَّ أَدْخِلْنَا مَعَهُ الْجَنَّةَ فَإِنَّهُ أَوَّلُ مَنْ يَدْخُلُهَا، وَأَنْزِلْنَا مَعَهُ فِيْ قُصُوْرِهَا، فَإِنَّهُ أَوَّلُ مَنْ يَنْزِلُهَا، وَارْحَمْنَا يَوْمَ يَشْفَعُ لِلْخَلآئِقِ فَتَرْحَمُهَا، اللَّهُمَّ ارْزُقْنَا زِيَارَتَهُ فِيْ كُلِّ سَنَةٍ، وَلا تَجْعَلْنَا مِنَ الْغَافِلِيْنَ عَنْكَ وَلا عَنْهُ قَدْرَ سِنَةٍ، وَلا تَجْعَلْ فِي مَجْلِسِنَا هَذَا أَحَدً إِلا غَسَلْتَ بِمَآءِ التَّوْبَةِ ذُنُوْبَهُ، وَسَتَرْتَ بِرِدَآءِ الْمَغْفِرَةِ عُيُوْبَهُ، اللَّهُمَّ إِنَّهُ كَانَ مَعَنَا فِي السَّنَةِ الْمَاضِيَةِ إِخْوَانٌ.

رَحِمَهُمُ اللهُ

مَنَعَهُمُ الْقَضَآءُ عَنِ الْوُصُوْلِ إِلَى مِثْلِهَا، فَلا تَحْرِمْهُمْ ثَوَابَ هَذِهِ السَّاعَةِ وَفَضْلَهَا، اللَّهُمَّ ارْحَمْنَا إِذَا صِرْنَا مِنْ أَصْحَابِ الْقُبُوْرِ، وَوَفِّقْنَا لِعَمَلٍ

صَالِحٍ يَبْقَى سَنَاهُ عَلَى مَمَرِّ الدُّهُوْرِ، اللَّهُمَّ اجْعَلْنَا لأَلآئِكَ ذَاكِرِيْنَ، وَلِنَعْمَآئِكَ شَاكِرِيْنَ، وَلِيَوْمِ لِقَلآئِكَ مِنَ الذَّاكِرِيْنَ، وَأَحْيِنَا بِطَاعَتِكَ مَشْغُوْلِيْنَ، وَإِذَا تَوَفَّيْتَنَا فَتَوَفَّنَا غَيْرَ مَفْتُوْنِيْنَ، وَلا مَخْذُوْلِيْنَ، وَاخْتِمْ لَنَا مِنْكَ بِخَيْرٍ أَجْمَعِيْنَ.

اللَّهُمَّ اكْفِنَا شَرَّ الظَّالِمِيْنَ (3 KALI)

وَاجْعَلْنَا مِنْ فِتْنَةِ هَذِهِ الدُّنْيَا سَالِمِيْنَ، اللَّهُمَّ اجْعَلْ هَذَا الرَّسُوْلَ الْكَرِيْمَ لَنَا شَفِيْعًا، وَارْزُقْنَا بِهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مَقَامًا رَفِيْعًا، اللَّهُمَّ اسْقِنَا مِنْ حَوْضِ نَبِيِّكَ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ شَرْبَةً هَنِيْئَةً لانَظْمَأُ بَعْدَهَا أَبَدًا، وَاحْشُرْنَا تَحْتَ لِوَائِهِ غَدًا، اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَنَا بِهِ وَلأَبَآئِنَا وَلأُمَّهَاتِنَا، وَلِمَشَايِخِنَا وَلِمُعَلِّمِيْنَا وَذَوِي الْحُقُوْقِ عَلَيْنَا، وَلِمَنْ أَجْرَى هَذَا الْخَيْرَ فِي هَذِهِ السَّاعَةِ، وَلِجَمِيْعِ الْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ، وَالْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ، الأَحْيَآءِ مِنْهُمْ وَالأَمْوَاتِ، إِنَّكَ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ، وَقَاضِي الْحَاجَاتِ، وَغَافِرُ الذُّنُوْبِ وْالْخَطِيْئَاتِ، يَآ أَرْحَمَ الرَّحِمِيْنَ، وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ. سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ، وَسَلامٌ عَلَى الْمُرْسَلِيْنَ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَيْهِ وَعَلَى آلِهِ.

Maksudnya:

"Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian Alam, Ya Allah! Limpahkan rahmat dan kesejahteraan serta keberkatan ke atas penghulu kami, Muhammad sallallahu`alaihi wasallam, dan ke atas keluarga serta sahabatnya sekalian. Mudah-mudahan, Allah menjadikan kami dan kamu sekalian daripada golongan yang mendapat syafa`atnya dan mengharapkan daripada Allah rahmat dan belas kasihan-Nya.

"Ya Allah! Dengan kehormatan Nabi yang mulia ini, keluarga dan sahabatnya yang berjalan di atas petunjuknya yang lurus, jadikanlah kami sekalian sebaik-baik umatnya, tutuplah keaiban kami,himpunkanlah kami pada esok hari (Padang Masyar) di dalam kumpulannya dan pergunakanlah lidah-lidah kami untuk memuji dan membelanya. Hidupkanlah kami dalam keadaan berpegang teguh dengan sunnahnya, selalu mentaatinya. Matikanlah kami, ya Allah~ dalam keadaan mencintainya dan termasuk di dalam golongannya.

Ya Allah! Masukkanlah kami ke dalam syurga bersamanya kerana bagindalah orang yang pertama sekali masuk ke dalamnya. Dan turunkanlah kami ke dalam mahligainya bersamanya, kerana bagindalah orang yang pertama turun ke dalamnya. Berilah kami rahmat ketika dia memohon syafa`at untuk makhluk-makhluk, lalu Engkau merahmati mereka.

Ya Allah! Berilah kami peluang menziarahinya pada setiap tahun. Janganlah Engkau jadikan kami dari golongan orang yang lalai daripada mengingati-Mu dan juga lalai mengingatinya, walau sekejap.

Ya Allah! Janganlah hendaknya ada di majlis kami ini orang yang berdosa, melainkan Engkay sucikan segala dosanya dengan air taubat dan Engkau tutpi keaibannya dengan selendang keampunan.

Ya Allah! Sesungguhnya ada di antara rakan-rakan yang bersama kami pada tahun yang lalu, tidak dapat menghadirkan diri pada tahun ini kerana dihalang oleh qadha’-Mu.

SEMOGA ALLAH MENCUCURI RAHMAT KE ATAS MEREKA

Maka janganlah Engkau sia-siakan mereka daripada mendapat pahala dan kelebihan yang Engkau kurniakan pada saat ini.

Ya Allah! Rahmatilah kami menjadi ahli kubur dan berilah kami taufiq untuk beramal soleh sepanjang zaman.

Ya Allah! Jadikanlah kami orang yang sentiasa mengingati anugerah-Mu, sentiasa mensyukuri nikmat-Mu dan sentiasa terkenang saat pertemuan dengan-MU. Hidupkanlah kami dalam keadaan sibuk melakukan ketaatan kepada-MU.

Sekiranya Engkau matikan kami, maka matikanlah kami dalam keadaan tidak terfitnah dan tercela dan sudahilah kami sekalian dengan kesudahan yang baik.

YA ALLAH! HINDARILAH KAMI DARI SEGALA MACAM KEJAHATAN ORANG-ORANG YANG ZALIM (3 KALI)

Selamatkanlah kami dari segala macam fitnah di dunia ini.

Ya Allah! Jadikanlah Rasul yang mulia ini sebagai Pemberi Syafaat kepada kami dan kurniakanlah kami dengan sebabnya, kedudukan yang tinggi di hari kiamat kelak.

Ya Allah! Berilah kami minuman dari telaga Nabimu. Muhammad sallallahu`alaihi wasallam minuman yang lazat yang dengannya kami tidak akan merasa dahaga selama-lamanya dan himpunkanlah kami di bawah panji-panjinya pada hari kiamat (Padang Masyar)

Ya Allah! Ampunilah kami, dengan kemuliaannya di sisi-Mu, bapa-bapa kami, ibu-ibu kami,guru-guru kami, orang-orang yang empunya hak ke atas kami dan orang-orang yang mengadakan majlis yang baik pada saat ini serta sekalian mukminin dan mukminat, muslimin dan muslimat, sama ada yang masih hidup, mahupun yang telah meninggal dunia. Sesungguhnya Engkau memperkenankan segala doa, menunaikan segala hajat dan mengampuni segala dosa dan kesalahan, Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih dari segala yang mengasihani.

Semoga Allah melimpahkan rahmat dan kesejahteraan ke atas penghulu kami, Muhammad sallallahu`alaihi wasallam, keluarga dan sahabat-sahabatnya. Maha suci Tuhan kami, Tuhan Yang Maha Mulia dan Maha Suci dari segala macam sifat kekurangan. Ucapan salam ke atas sekalian Rasul dan segala puji hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

YA ALLAH! LIMPAHKANLAH RAHMAT, KESEJAHTERAAN DAN KEBERKATAN KE ATAS JUNJUNGAN KAMI, NABI MUHAMMAD SALLALLAHU`ALAIHI WASALLAM DAN KELUARGANYA.

RUJUKAN:

Al-Imam al-Hafiz `Abd al-Rahman (2010), Ringkasan Sirah Nabawiyyah, Selangor: Sofa Production, cet. 3, h. 82.

Ahad, 27 Mac 2011

HIDUP MULIA, MATI SYAHID!!

by Mohd Affandi Ismail on Saturday, March 5, 2011 at 10:46am

Antara Ulama`-Ulama` dalam Bidang Aqidah yang Bermazhab Al-Asya`irah

Abu Hassan al-Bahili (W. 370 H)

Imam Al-Baqillani (W. 405H)

Abu Ishaq Al-Isfarayini (W. 418 H)

Imam Ishaq Al-Syirazi (W. 476 H)

Imam Al-Juwaini

Imam Al-Haramain Abu Al-Ma’ali Al-Juwaini (W. 478 H), pengarang kitab An-Nizomiyah

Imam Hujjatul Islam Abu Hamid Muhammad bin Muhammad Al-

Ghazali pengarang kitab Al-Iqtisod fi Al-I’tiqod (W. 505 H)

Imam Ibn ‘Asakir (W. 576 H), pengarang kitab Tabiyiin Kadzib

Al-Muftari

Imam Al-Syahrastani (W. 548 H)

Imam Fakhruddin Ar-Razi pengarang kitab Asas Al - Taqdis

(W.606 H)

Imam Al-Allamah Al-Amadi (W. 631 H)

Imam Al-Iji (W. 756 H)

Imam Sa’ad Al-Taftazani (W. 793 H) pengarang kitab Syarh Al-

Maqosid

Imam Al-Syarif Al-Jurjani (W. 816 H)

Imam Abu Mansur Al-Tamimi

Imam Nas Al-Maqdisi

Imam Al-Farawi

Imam Abu Al-Walid Al-Baji

Imam Sultonul Ulama’ Izz ibn Abdis Salam

Imam HibbatulLah Al-Makki

Imam Al-Baijuri

Antara Mufassir-Mufassir Bermazhab Al-Asya`Irah

Imam Al-Mufassir Al-Allamah Al-Qurtubi

Imam Al-Mufassir Ibn Kathir (rujuk buku tobaqot As-Syafi’iyyah Al-

Kubra 10/200 karangan Imam Al-Subki, Al-Durar Al-Kaminah 1/85

karangan Ibn Hajar dan sebagainya)

Imam Al-Mufassir Ibn ‘Athiyyah Al-Andalusi, pengarang kitab

Tafsir Al-Muharrar Al-Wajiz

Imam Al-Mufassir Abu Hayyan Al-Andalusi, pengarang kitab Al-

Bahr Al-Muhith.

Imam Al-Mufassir Fakhruddin Ar-Razi, pengarang kitab tafsir

mafatih Al-Ghaib

Imam Al-Mufassir Al-Hafiz Al-Bahgowi, pengarang kitab tafsir Al-

Baghowi dan kitab Syarh Al-Sunnah.

Imam Al-Mufassir Abu Al-Laith Al-Samarqandi, pengarang kitab

tafsir Bahr Al-Ulum, kitab bustan al- Arifin dan tanbih Al-Ghafilin.

Imam Al-Mufassir Abu Al-Hasan Ali Al-Naisaburi pengarang kitab

asbab An-Nuzul.

Imam Al-Mufassir Abu At-Thana’ Syihabuddin Al-Alusi Al-Husaini

Al-Hasani.

Imam Al-Mufassir At-Thamin Al-Halabi, pengarang kitab tafsir Al-

Durr Al-Mashun.

Imam Al-Mufassir Al-Hafiz Jalaluddin Al-Suyuti, pengarang kitab

Tafsir Al-Durr Al-Manthur.

Al-Imam Al-Khotib Al-Syirbini, pengarang kitab Tafsir Al-Siraj Al-

Munir.

Imam Al-Allamah Al-Thohir bin Asyur, pengarang kitab Al-Tahrir

wa Al-Tanwir

Imam Az-Zarkasyi

Imam Mutawalli Al-Sya’rawi.

Ulama`-Ulama` Muhaddithin (Hadith) Yang Bermazhab Al-

Asya`Irah

Imam Al-Hafiz Abu Al-Hasan Al-Darqutni.

Imam Al-Hafiz Abu Nu’aim Al-Ashbahani, pengarang kitab

Hilyatul Auliya’

Imam Al-Hafiz Al-Hakim Al-Naisaburi, pengarang kitab

Mustadrak

Imam Al-Hafiz Ibn Hibban, pengarang kitab Al-Thiqat

Imam Al-Hafiz Abu Sa’id Ibn Al-Sam’ani, pengarang kitab Al-

Inshof

Imam Al-Hafiz Abu Bakr Al-Baihaqi, pengarang kitab-kitab hadith

dan kitab Al-Asma’ wa As-Sifat.

Imam Al-Khatib Al-Baghdadi

Imam Al-Hafiz Muhyiddin Yahya bin Syarf Al-Nawawi, pengarang

kitab Syarh sahih muslim dan banyak lagi.

Sheikhul Islam Imam Al-Hafiz Abu Amr bin Al-Solah

Imam Al-Hafiz Ibn Daqiq Al-‘Aid

Imam Al-Hafiz Ibn Abi Jamrah Al-Andalusi, musnid Ahlul

Maghrib

Imam Al-Hafiz Al-Karmani, pengarang syarah sahih Al-Bukhari

Imam Al-Hafiz Al-Munziri, pengarang Al-Targhib wa At-Taqrib

Imam Al-Hafiz Al-Imam Al-Nawawi, pensyarah sahih Muslim

Imam Al-Hafiz Ibn Hajar Al-Asqolani, pengarang Fahtul al-Bari

(penutup bagi segala huffaz Ibnu Hajar al-`Asqalani)

Imam Al-Hafiz Al-Sakhowi.

Imam Al-Qostollani pengarang Irsyad As-Sariy

Imam Al-Hafiz Al-Munawi.

Imam Al-Hafiz Al-Dimyathi.

Sheikh Al-Hafiz Waliyullah Al-Dahlawi.

Sheikh Abu Al-Mahasin Al-Qouquji

Sheikh Al-Hafiz Ahmad Al-Siddiq Al-Ghumari.

Sheikh Al-Musnid Muhammad Al-Hafiz Al-Tijani.

Sheikh Musnid Al-Dunya, Sheikh Muhammad Yasiin Al-Fadani.

Sheikh Al-Musnid Abbas Al-Maliki

Antara Ulama`-ulama` Sirah yang Bermazhab Al-Asy`ari

Imam Qadhi `Iyad, pengarang kitab Al-Syifa fi Syama’il wa ahwal

Al-Mustofa

Imam Al-Suhaili, pengarang kitab Al-Raudh Al-Unf

Sheikh Ibn Khaldun

Imam Ibn Athir.

Imam Al-Solihi Al-Dimasqi, pengarang kitab Subulul Huda wa Al-

Rosyad

Sheikh Yusuf An-Nabhani.

Antara Ulama`-ulama` Fiqh yang Bermazhab Al-

Asya`irah

Menurut Imam Tajuddin Al-Subki, majoriti ulama` mazhab Al-Syafi`e,

Malikiyah, Hanafiyah dan Sebahagian ulama` Hanabilah bermazhab

Al-Asy`ari. Demikian diriwayatkan daripada Imam Izzuddin bin

Abd al-Salam yang turut diakui oleh Imam Abu Amr ibn Hajib dan

Jamaluddin Al-Husairi. (At-Tobaqot 3/365)

Namun, kita senaraikan antara fuqaha’ yang kuat mempertahankan

mazhab Al-Asy’ari ini iaitu:

Imam Tajuddin Al-Subki, pengarang kitab Al-Saif Al-Saqil

Imam Sheikhul Islam Zakaria Al-Ansori.

Imam Al-Rafi`e Al-Syafi`e

Imam Ibn ‘Abidin

Imam Ibn Hajib.

Imam Al-Habib Abdullah bin ‘Alawi Al-Haddad.

Imam ‘Alauddin Al-Bukhari

Imam Al-Baidhowi.

Imam Al-Zabidi.

Imam Al-Qorofi.

Mufti Makkah Sheikh Ahmad Zaini Dahlan Al-Syafi`e

Antara Ulama`-ulama` Qiraat yang Bermazhab Al-

Asya`irah

Imam Al-Qari’ Ibn Jazari

Imam As-Syatibi.

Antara Pemimpin-pemimpin Islam yang Masyhur yang

Bermazhab Al-Asya`irah

Sultan Salehuddin Al-Ayyubi

Sultan Muhammad Al-Fateh

Al-Syahid Al-Imam Hassan Al-Banna

Dan ramai lagi para ulama` Islam yang bermazhab al-Asy`ari...

Semoga Allah s.w.t. memberkati mereka dan seluruh umat Islam...

Amin.

Antara kekeliruan besar yang meracuni aqidah umat islam ialah

wujudnya desas-desus yang menyatakan bahawa aqidah al-Asya`irah

bukanlah aqidah Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah yang sebenar. Mereka

menyatakan Aqidah Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah yang sebenar adalah

aqidah yang dibawa oleh golongan Wahhabi iaitu pengikut Ibnu

Taimiyah dan Muhammad bin Abdul Wahhab, sedangkan fahaman

yang dibawa oleh mereka paling banyak bercanggah dengan aqidah Ahl

al-Sunnah Wa al-Jama`ah dan fatwa-fatwa mereka bercanggah dengan

ijma` para ulama`. Dari sudut hukum, setiap perkara yang bercanggah

dengan ijma` ulama`, maka ia boleh menyebabkan seseorang itu

jatuh kufur. Hukum yang sama juga dijatuhkan ke atas mereka yang

menghalalkan perkara yang telah disepakati oleh semua ulama` yang

menyatakan keharamannya.

Oleh itu, tidak ada satu fakta yang tepat untuk meletakkan aqidah

Al-Asya`irah tidak sejajar dengan Aqidah Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah.

Malah menerima fakta yang sesat sebagaimana yang dinyatakan oleh

golongan Wahhabi yang menggelarkan diri mereka ini sebagai puak

yang mengikut golongan Salaf, dengan kata mereka:

“Abu al-Hassan al-Asy`ari telah bertaubat daripada aqidahnya dan

memeluk mazhab wahhabi (yang dianggap mazhab Salaf ) dan pengikutpengikut

Abu al-Hassan al-Asy`ari terus berada di dalam kesesatan kerana

mereka tidak bertaubat sebagaimana yang dilakukan oleh Imam mereka

Abu al-Hassan al-Asy`ari”

Justeru itu, berhati-hatilah dengan golongan mereka ini yang

menyebarkan fitnah dan memecah belahkan umat Islam. Kebanyakan

mereka ini terdiri dari kalangan orang yang mempunyai pendidikan

tinggi seperti pensyarah-pensyarah di Universiti.

Dan demikian dalil yang menyatakan kebenaran al-Imam Abu

al-Hassan al-Asy`ari radhiyallahu`anhu dan pengikut-pengikutnya.

Seterusnya, dalil yang menyatakan kebenaran Al Imam Abu Mansur

Al-Maturidi , beliau beri`tiqad seperti yang telah dii`tikadkan oleh

dengan Abu Hassan Al-Asy`ari. Beliau wafat di sebuah perkampungan

bernama Maturid Samarqand, di Asia Tengah pada tahun 333 Hijrah

iaitu setelah 9 tahun kewafatan al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari.

Beliau bermazhaHanafi dalam bidang fiqh.

Sepertimana tokoh Islam yang lain, beliau juga meninggalkan anakanak

murid yang gigih mempertahankan Aqidah Ahl al-Sunnah Wa

al-Jama`ah di persada dunia Islam. Di antara mereka ialah :

1. Al-Imam Abu Muhammad Abdul Karim ibn Musa al

Bazdawi, wafat pada tahun 390 Hijrah.

2. Abu al-Qasim Ishaq ibn Muhammad ibn Ismail, yang

terkenal dengan gelaran al Hakim di Samarqand. Wafat pada

tahun 340 Hijrah.

3. Al-Imam Abu al-Laith al-Bukhari dan lain-lain lagi. Manakala

pengikut al-Imam Abu al-Mansur al-Maturidi digelar dengan

al-Maturidiyyah.

Nabi sallallahu`alaihi wasallam pernah bersabda tentang Sultan

Muhammad Al-Fatih dan baginda Sultan adalah pengikut al-Imam

Abu al-Mansur al-Maturidiyyah.

Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam bersabda:

“Qosthonthiniyyah( Istanbul sekarang )pasti akan ditakluk,

maka sebaik-baik pemimpin adalah pemimpin yang berhasil

menakluknya dan sebaik-baik angkatan tentera adalah

angkatan tentera tersebut.“

Menerusi hadis ini Rasulullah memuji Sultan Muhammad Al-Fatih

kerana baginda adalah sultan yang salih, aqidahnya sesuai dengan aqidah

Rasulullah. Baginda juga telah berjaya menakluki Kota Qosthonthiniyyah

(kota Istanbul) dan merampasnya daripada orang kafir. Seandainya

aqidahnya menyalahi aqidah Rasulullah, maka Rasulullah tidak akan

sama sekali memujinya. Seperti yang sedia maklum bahawa diketahui

dan dicatat oleh sejarah bahawa Sultan Muhammad Al-Fatih adalah

mengikut aqidah Al-Asy`ari al-Maturidi, baginda meyakini bahawa

Allah wujud tanpa bertempat

Jika aqidah Sultan Muhammad Al-Fatih ini bertentangan dengan

aqidah Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam, nescaya Rasulullah tidak

akan memuji baginda. Begitu juga Sultan Salahuddin Al-Ayyubi

seorang raja yang `alim, beraqidah al-Asy`irah dan bermazhab al-

Syafi`e. Baginda telah menghafal al-Quran dan kitab al-Tanbih dalam

fiqh al-Syafi`e serta sering menghadiri majlis-majlis ulama` hadis. Beliau

memerintahkan agar dikumandangkan aqidah Sunni al-Asya`irah dari

atas menara masjid sebelum solat Subuh di Mesir, tanah al-Hijjaz

(Makkah dan Madinah) dan di seluruh Negara Syam (Syiria, Jordan,

Palestin dan Lebanon).

Al-Imam Muhammad ibn Hibbatillah al-Barmaki telah menyusun

untuk Salahuddin al-Ayyubi sebuah risalah berbentuk nazam berisi

Aqidah Ahl al-Sunnah dan ternyata baginda sangat tertarik dengannya,

akhirnya baginda telah memerintahkan agar aqidah ini diajarkan

kepada semua umat Islam ini diajarkan kepada umat Islam, kecil dan

besar, tua dan muda, sehingga akhirnya risalah tersebut dikenal dengan

nama “al-Aqidah Al-Salahiyyah”. Risalah ini di antaranya memuatkan

penegasan bahawa Allah ta`ala Maha Suci dari jisim, sifat-sifat jisim

dan Maha Suci dari arah dan tempat.

Definisi Al-Asya`irah

Definisi Al-Asya`irah
Perkataan al-Asya`irah diberikan atau digunakan kepada mereka yang
menjalani dan mengikut metode al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari
dalam perkara I`tiqad (keyakinan) (tidak secara taqlid buta tetapi
dengan cara mengambil petunjuk).
Ia di nisbahkan kepada al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari
sebagaimana dinisbahkan kepada mazhab empat al-Imam Abu Hanifah,
al-Imam Malik, al-Imam al-Syafi`i dan Imam Ahmad ibn Hanbal dalam
masalah furu` fiqhiyyah. Sekalipun mereka berlainan atau berbeza
pada jalan-jalan istinbat dan pengeluaran hukum-hakam, namun
mereka bersatu pada sumber dan ambilan. Demikian juga al-Imam
Abu al-Hassan al-Asy`ari dalam bidang Usuluddin yang mengambil
daripada al-Quran al-Karim dan al-Sunnah yang mulia dan berjalan
di atas manhaj para Salaf al-Salih. Perkataan al-Asya`irah dinisbahkan
kepadanya kerana beliau telah merintis jalan tersebut dan menyusun
serta memasyhurkannya kepada umat manusia selepas ahli bid`ah dan
orang yang mengikut hawa nafsu berusaha menghapuskannya.
tidakkah kau fikirkan, makhluk dicabar Tuhan, mencipta ungkapan sebanding Al-Quran, lalu semua kaku hilang kefasihan

Siapakah Ahl Al-Sunnah Wa Al-Jama`ah?

by Mohd Affandi Ismail on Thursday, February 24, 2011 at 6:50pm

Pengertian Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah dari sudut istilah membentuk

tiga perkataan yang mempunyai makna yang berbeza.

1. Ahl, bermaksud keluarga, golongan atau pengikut.

2. Al-Sunnah, iaitu segala yang di ajarkan oleh Rasulullah

sallallahu`alaihi wasallam, maksudnya semua yang datang

dari Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam berupa perbuatan,

ucapan dan pengakuan baginda.

3. Al-Jama`ah, iaitu apa yang telah disepakati oleh para sahabat

Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam pada zaman Khulafa

al-Rasyidin (Khalifah Abu Bakar radiyallahu`anhu, Umar

bin al-Khatthab radiyallahu`anhu, Uthman bin `Affan

radiyallahu`anhu dan `Ali bin Abi Thalib radiyallahu`anhu).

Kata al-Jama`ah ini di ambil dari hadis Nabi.

Rasulullah sallallahu`alaihi wa sallam bersabda:

“Barangsiapa yang ingin mendapatkan kehidupan yang

damai di syurga ,maka hendaklah ia mengikuti al-Jama`ah.”

[Diriwayatkan oleh Imam at-Tirmizi dan al-Hakim]

Syaikh Abdul Qadir al-Jailani (471-561 H) menjelaskan:

“Al-Sunnah adalah apa yang telah diajarkan oleh Rasulullah

sallallahu`alaihi wasallam iaitu (meliputi ucapan, perilaku,

serta ketetapan baginda). Sedangkan al-Jama`ah adalah

sesuatu yang telah menjadi kesepakatan para sahabat Nabi

sallallahu`alaihi wasallam pada masa Khulafa al-Rasyidin

yang empat, yang telah diberi hidayah oleh Allah ke atas

mereka (mudah-mudahan Allah memberi Rahmat kepada

mereka semua)”.

Pada hakikatnya ajaran yang dibawa oleh Rasulullah sallallahu`alaihi

wasallam dan diteruskan oleh para sahabatnya tentang aqidah tersebut

telah termaktub di dalam al Quran dan al-Sunnah tetapi masih belum

tersusun secara sistematik. Maka pada zaman yang seterusnya pengajian

tentang aqidah ini di susun dengan cara yang sistematik oleh dua orang

ulama` yang mahir dalam bidang Usuluddin yang besar iaitu al-Imam

Abu al-Hassan al-Asy`ari dan al-Imam Abu al-Mansur al-Maturidi agar

mudah difahami. Disebabkan jasa mereka begitu besar terhadap umat

Islam di zamanya dan zaman selepas mereka, maka penyebutan Ahl al-

Sunnah Wa al-Jama`ah selalu dikaitkan dengan kedua-dua ulama` ini.

Berkata Sayyid Murtadha al Zabidi di dalam kitabnya “Ittihaf Sadat

al-Muttaqin” syarah bagi kitab “Ihya’ `Ulumiddin” karangan al-Imam

Al-Ghazali.

“إِذَا أُطْلِقَ أَهْلُ السُّنَّةِ وَالْجَمَاعَةِ فَالْمُرَادُ بِهِمْ الأَشَاعِرَةُ وَالْمَاتُرِيْدِيَّةُ”.

Maksudnya :

“Apabila disebut ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah, maka yang

dimaksudkan dengannya ialah golongan al-Asya`irah dan al-

Maturidiyyah (fahaman atau fatwa-fatwa yang diajarkan oleh

Abu al-Hassan Asy`ari dan Abu al-Mansur Al- Maturidi)”.

Berkata Syaikh Muhammad Amin yang masyhur dengan gelaran

Ibnu `Abidin al-Hanafi di dalam kitabnya “Radd al-Mukhtar `ala al-

Durar al-Mukhtar”.

“أَهْلُ السُّنَّةِ وَالْجَمَاعَةِ هُمْ الأَشَاعِرَةُ وَالْمَاتُرِيْدِيَّةُ”.

Maksudnya :

“Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah mereka adalah al-Asy`irah

(pengikut Abu al-Hassan al-Asy`ari) dan al-Maturidiyyah

(pengikut Abu al-Mansur al-Matauridi)”.

Nama lengkap Abu al-Hassan al-Asy`ari ialah Abu al-Hassan `Ali

ibn Isma`il ibn Abu Basyar Ishaq ibn Salim ibn Ismail ibn Abdullah

ibn Musa ibn Bilal ibn Abi Burdah ibn Abu Musa Abdullah (sahabat

Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam dikenali dengan nama Abu Musa

al-Asy`ari) ibn Qais al-Asy`ari. Beliau dilahirkan pada tahun 260 Hijrah

di Basrah (Iraq), selepas 55 tahun kewafatan al-Imam al-Syafi`e. Beliau

telah wafat pada tahun 324 Hijrah di Basrah pada usia 64 tahun.

Beliau merupakan pemimpin Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah, imam

ahli kalam, pendukung Sunnah Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam,

pembantu agama yang pakar dalam bidang keilmuan dan giat berusaha

menjaga kesucian aqidah umat Islam. Al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari

pada hakikatnya tidak mengadakan sesuatu perkara baru dalam bidang

akidah, sebaliknya beliau merupakan orang yang menyusun semula

ilmu akidah mengikut apa yang telah ditetapkan di dalam al Quran

dan apa yang di bawa dan dii`tikadkan oleh Rasulullah sallallahu`alaihi

wasallam dan para sahabat radiyallahu`anhum ajmaien.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Pengasih
الْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْن, وَالصَّلاةُ والسَّلامُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمْدٍ طهَ الأَمِيْنَ , وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ الطَّيِّبِيْنَ الطَّاهِرِيْنَ, وَمَنِ اتَّبَعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ , وَأَشْهَدُ أَن لا إِلَهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لاشَرِيْكَ لَهُ , وَلا ضِدَّ وَلا نِدَّ وَلا زَوْجَةَ وَلا وَلَدَ لَهُ , وَلاشَبِيْهَ وَلا مَثِيْلَ لَهُ , وَلاجِسْمَ وَلاحَجْمَ وَلاجَسَدَ وَلاجُثَّةَ لَهُ , وَلا صُوْرَةَ وَلاأَعْضَاءَ وَلا أَدَوَاتَ لَهُ, وَلا أَيْنَ وَلا جِهَةَ وَلاحَيِّزَ وَلا مَكَانَ لَهُ , كَانَ اللهُ وَلا مَكَانَ وَهُوَ الآنَ عَلَى مَا عَلَيْهِ كَان , فَلاتَضْرِبُوا لِلَّهِ الأَمْثَالِ, وَلِلَّهِ الْمَثَلُ الأَ عْلىَ, تَنَزَّهَ رَبِّيْ عَنِ الْجُلُوْسِ وَالْقُعُودِ ,وَعَنِ الْحَرَ كَةِ وَالسُّكُوْنِ وَعَنِ الاِتِّصَالِ وَالانْفِصَالِ ,لايَحُلُّ فِيْهِ شَيْء , وَلا يُحَنْلُ مِنْهُ شَيْءٍ , وَلا يَحُلُّ هُوَ فِيْ شَيْءِ ,لأَنَّهُ "لَيْس كَمِثْلِهِ شَيْءٌ", "مَهْمَاتَصَوَّرْتَ بِبَالِكَ فَاللهُ لا يُشْبِهُ ذَلِك", "وَمَنْ وَصَفَ اللهَ بِمَعْنًى مِنْ مَعَانِى الْبَشَرِ فَقَدْكَفَرَ", وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا وَنَبِيَّنَا وَعَظِيْمَنَا, وَقَائِدَنَا وقُرَّةَ أَعْيُنِنَا مُحَمَّدًا ,عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ وَنَبِيُّهُ وَصَفِيُّهُ وَحَبِيْبُهُ وَخَلِيْلُهُ, صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَعَلَى كُلِّ رَسُوْلٍ أَرْسَلَهُ .

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam, selawat dan salam ke atas penghulu kami Nabi Muhammad sallallahu`alaihi wasallam : thaha dan al-amin. Dan ke atas ahli keluarga baginda, para sahabat baginda yang baik dan suci serta ke atas pengikut mereka dengan kebaikan sehingga hari akhirat. Aku bersaksi bahawasanya tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah jua, Yang Esa dan tiada sekutu bagi-Nya, tiada ada lawan, tiada ada tara, tiada ada pasangan dan tidak ada anak bagi-Nya, tidak ada penyerupaan dan tidak ada bandingan bagi-Nya. Dan tidak ada jisim, tidak ada ukuran, tidak ada jasad dan tidak ada tubuh badan bagi-Nya, tidak ada gambaran, tidak ada anggota besar, tidak ada anggota kecil bagi-Nya, tidak dikatakan “dimana”, tidak ada arah, tidak mengisi ruang kosong dan tidak bertempat bagi-Nya. Adalah Allah wujud tanpa bertempat dan Dia pada masa sekarang tidak bertempat. Janganlah kalian mengadakan sesuatu yang sebanding dengan Allah dan bagi Allah jualah sifat yang Tertinggi. Maha Suci Tuhanku daripada perbuatan duduk, bergerak, diam, bersambung dan berpisah. Tidak ada sesuatupun yang bersatu pada Dzat-Nya dan tidak terakstrak (tidak bercerai) sesuatupun dari Dzat-Nya dan Dia tidak menempati di dalam sesuatu kerana tidak ada sesuatupun yang menyerupai-Nya. Segala yang telah digambarkan tersebut. Barangsiapa yang menyifatkan Allah dengan suatu ciri dari ciri-ciri manusia (berjisim, berada di suatu tempat dan sebagainya), maka sesungguhnya ia telah kafir. Aku bersaksi bahawasanya penghulu kami, nabi kami, kebesaran kami, pemimpin kami, diri yang menyuruhkan hati kami melihatnya, Muhammad merupakan hamba-Nya, utusan-Nya, nabi-Nya, pilihan-Nya, kecintaan-Nya dan kekasih-Nya. Selawat dan salam ke atasnya dan juga ke atas sekalian rasul yang telah diutuskan oleh-Nya
carta golongan sesat seperti yang disabdakan oleh junjungan besar Nabi Muhammad sallallaahu `alaihi wasallam :

Diriwayatkan bahawa Nabi Muhammad sallallahu`alaihi wasallam
bersabda:
تفْتَرِقُ أُمَّتِيْ ثَلاثًا وَسَبْعِيْنَ فِرْفَةً كُلُّهَا فِيْ النَّارِ إِلا وَاحِدَةٌ قِيْلَ وَمَنْ هُمْ وَ
قَالَ الَّذِيْنَ هُمْ عَلَى مَا أَنَا عَلَيْهِ وَأَصْحَابِيْ
Maksudnya :
“Dan umatku akan menjadi 73 golongan, semuannya dalam neraka melainkan satu golongan7. Para sahabat bertanya: golongan yang mana satu? Nabi menjawab: mereka adalah golongan yang mengikut perjalanan hidupku dan para sahabatku”.
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Pengasih
الْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْن, وَالصَّلاةُ والسَّلامُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمْدٍ طهَ الأَمِيْنَ , وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ الطَّيِّبِيْنَ الطّ...َاهِرِيْنَ, وَمَنِ اتَّبَعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ , وَأَشْهَدُ أَن لا إِلَهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لاشَرِيْكَ لَهُ , وَلا ضِدَّ وَلا نِدَّ وَلا زَوْجَةَ وَلا وَلَدَ لَهُ , وَلاشَبِيْهَ وَلا مَثِيْلَ لَهُ , وَلاجِسْمَ وَلاحَجْمَ وَلاجَسَدَ وَلاجُثَّةَ لَهُ , وَلا صُوْرَةَ وَلاأَعْضَاءَ وَلا أَدَوَاتَ لَهُ, وَلا أَيْنَ وَلا جِهَةَ وَلاحَيِّزَ وَلا مَكَانَ لَهُ , كَانَ اللهُ وَلا مَكَانَ وَهُوَ الآنَ عَلَى مَا عَلَيْهِ كَان , فَلاتَضْرِبُوا لِلَّهِ الأَمْثَالِ, وَلِلَّهِ الْمَثَلُ الأَ عْلىَ, تَنَزَّهَ رَبِّيْ عَنِ الْجُلُوْسِ وَالْقُعُودِ ,وَعَنِ الْحَرَ كَةِ وَالسُّكُوْنِ وَعَنِ الاِتِّصَالِ وَالانْفِصَالِ ,لايَحُلُّ فِيْهِ شَيْء , وَلا يُحَنْلُ مِنْهُ شَيْءٍ , وَلا يَحُلُّ هُوَ فِيْ شَيْءِ ,لأَنَّهُ "لَيْس كَمِثْلِهِ شَيْءٌ", "مَهْمَاتَصَوَّرْتَ بِبَالِكَ فَاللهُ لا يُشْبِهُ ذَلِك", "وَمَنْ وَصَفَ اللهَ بِمَعْنًى مِنْ مَعَانِى الْبَشَرِ فَقَدْكَفَرَ", وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا وَنَبِيَّنَا وَعَظِيْمَنَا, وَقَائِدَنَا وقُرَّةَ أَعْيُنِنَا مُحَمَّدًا ,عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ وَنَبِيُّهُ وَصَفِيُّهُ وَحَبِيْبُهُ وَخَلِيْلُهُ, صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَعَلَى كُلِّ رَسُوْلٍ أَرْسَلَهُ .

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam, selawat dan salam ke atas penghulu kami Nabi Muhammad sallallahu`alaihi wasallam : thaha dan al-amin. Dan ke atas ahli keluarga baginda, para sahabat baginda yang baik dan suci serta ke atas pengikut mereka dengan kebaikan sehingga hari akhirat. Aku bersaksi bahawasanya tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah jua, Yang Esa dan tiada sekutu bagi-Nya, tiada ada lawan, tiada ada tara, tiada ada pasangan dan tidak ada anak bagi-Nya, tidak ada penyerupaan dan tidak ada bandingan bagi-Nya. Dan tidak ada jisim, tidak ada ukuran, tidak ada jasad dan tidak ada tubuh badan bagi-Nya, tidak ada gambaran, tidak ada anggota besar, tidak ada anggota kecil bagi-Nya, tidak dikatakan “dimana”, tidak ada arah, tidak mengisi ruang kosong dan tidak bertempat bagi-Nya. Adalah Allah wujud tanpa bertempat dan Dia pada masa sekarang tidak bertempat. Janganlah kalian mengadakan sesuatu yang sebanding dengan Allah dan bagi Allah jualah sifat yang Tertinggi. Maha Suci Tuhanku daripada perbuatan duduk, bergerak, diam, bersambung dan berpisah. Tidak ada sesuatupun yang bersatu pada Dzat-Nya dan tidak terakstrak (tidak bercerai) sesuatupun dari Dzat-Nya dan Dia tidak menempati di dalam sesuatu kerana tidak ada sesuatupun yang menyerupai-Nya. Segala yang telah digambarkan tersebut. Barangsiapa yang menyifatkan Allah dengan suatu ciri dari ciri-ciri manusia (berjisim, berada di suatu tempat dan sebagainya), maka sesungguhnya ia telah kafir. Aku bersaksi bahawasanya penghulu kami, nabi kami, kebesaran kami, pemimpin kami, diri yang menyuruhkan hati kami melihatnya, Muhammad merupakan hamba-Nya, utusan-Nya, nabi-Nya, pilihan-Nya, kecintaan-Nya dan kekasih-Nya. Selawat dan salam ke atasnya dan juga ke atas sekalian rasul yang telah diutuskan oleh-Nya
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Pengasih
الْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْن, وَالصَّلاةُ والسَّلامُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمْدٍ طهَ الأَمِيْنَ , وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ الطَّيِّبِيْنَ الطّ...َاهِرِيْنَ, وَمَنِ اتَّبَعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ , وَأَشْهَدُ أَن لا إِلَهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لاشَرِيْكَ لَهُ , وَلا ضِدَّ وَلا نِدَّ وَلا زَوْجَةَ وَلا وَلَدَ لَهُ , وَلاشَبِيْهَ وَلا مَثِيْلَ لَهُ , وَلاجِسْمَ وَلاحَجْمَ وَلاجَسَدَ وَلاجُثَّةَ لَهُ , وَلا صُوْرَةَ وَلاأَعْضَاءَ وَلا أَدَوَاتَ لَهُ, وَلا أَيْنَ وَلا جِهَةَ وَلاحَيِّزَ وَلا مَكَانَ لَهُ , كَانَ اللهُ وَلا مَكَانَ وَهُوَ الآنَ عَلَى مَا عَلَيْهِ كَان , فَلاتَضْرِبُوا لِلَّهِ الأَمْثَالِ, وَلِلَّهِ الْمَثَلُ الأَ عْلىَ, تَنَزَّهَ رَبِّيْ عَنِ الْجُلُوْسِ وَالْقُعُودِ ,وَعَنِ الْحَرَ كَةِ وَالسُّكُوْنِ وَعَنِ الاِتِّصَالِ وَالانْفِصَالِ ,لايَحُلُّ فِيْهِ شَيْء , وَلا يُحَنْلُ مِنْهُ شَيْءٍ , وَلا يَحُلُّ هُوَ فِيْ شَيْءِ ,لأَنَّهُ "لَيْس كَمِثْلِهِ شَيْءٌ", "مَهْمَاتَصَوَّرْتَ بِبَالِكَ فَاللهُ لا يُشْبِهُ ذَلِك", "وَمَنْ وَصَفَ اللهَ بِمَعْنًى مِنْ مَعَانِى الْبَشَرِ فَقَدْكَفَرَ", وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا وَنَبِيَّنَا وَعَظِيْمَنَا, وَقَائِدَنَا وقُرَّةَ أَعْيُنِنَا مُحَمَّدًا ,عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ وَنَبِيُّهُ وَصَفِيُّهُ وَحَبِيْبُهُ وَخَلِيْلُهُ, صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَعَلَى كُلِّ رَسُوْلٍ أَرْسَلَهُ .

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam, selawat dan salam ke atas penghulu kami Nabi Muhammad sallallahu`alaihi wasallam : thaha dan al-amin. Dan ke atas ahli keluarga baginda, para sahabat baginda yang baik dan suci serta ke atas pengikut mereka dengan kebaikan sehingga hari akhirat. Aku bersaksi bahawasanya tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah jua, Yang Esa dan tiada sekutu bagi-Nya, tiada ada lawan, tiada ada tara, tiada ada pasangan dan tidak ada anak bagi-Nya, tidak ada penyerupaan dan tidak ada bandingan bagi-Nya. Dan tidak ada jisim, tidak ada ukuran, tidak ada jasad dan tidak ada tubuh badan bagi-Nya, tidak ada gambaran, tidak ada anggota besar, tidak ada anggota kecil bagi-Nya, tidak dikatakan “dimana”, tidak ada arah, tidak mengisi ruang kosong dan tidak bertempat bagi-Nya. Adalah Allah wujud tanpa bertempat dan Dia pada masa sekarang tidak bertempat. Janganlah kalian mengadakan sesuatu yang sebanding dengan Allah dan bagi Allah jualah sifat yang Tertinggi. Maha Suci Tuhanku daripada perbuatan duduk, bergerak, diam, bersambung dan berpisah. Tidak ada sesuatupun yang bersatu pada Dzat-Nya dan tidak terakstrak (tidak bercerai) sesuatupun dari Dzat-Nya dan Dia tidak menempati di dalam sesuatu kerana tidak ada sesuatupun yang menyerupai-Nya. Segala yang telah digambarkan tersebut. Barangsiapa yang menyifatkan Allah dengan suatu ciri dari ciri-ciri manusia (berjisim, berada di suatu tempat dan sebagainya), maka sesungguhnya ia telah kafir. Aku bersaksi bahawasanya penghulu kami, nabi kami, kebesaran kami, pemimpin kami, diri yang menyuruhkan hati kami melihatnya, Muhammad merupakan hamba-Nya, utusan-Nya, nabi-Nya, pilihan-Nya, kecintaan-Nya dan kekasih-Nya. Selawat dan salam ke atasnya dan juga ke atas sekalian rasul yang telah diutuskan oleh-Nya
Diriwayatkan oleh Ibnu Mu`allim al-Qurasyi dalam kitabnya
Najm Al-Muhtadi Wa rajm Al-Mu`tadi h. 155

Design by SUNNAH STUDIO | Bloggerized by TERBITAN MUKMIN - Premium Blogger Themes | MADU KEIMANAN, SUNNAH STUDIO