Khamis, 23 April 2009

doa solat istikharah

"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan..) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya da seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan..) mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya". (sebutkan urusan yang dimaksudkan di tempat yang bertitik)

sekiranya timbul perasaan ragu-ragu dalam hati untuk membuat pilihan yang tepat dalam sesuatu perkara, contohnya ingin berangkat atau tidak, adakah aku harus menolak atau menerima, hendaklah kita serahkan keputusan itu kepada Allah swt untuk memberikan petunjuk dengan solat sunat istikharah dua rakaat. Niatnya adalah :

Sahaja aku sembahyang sunat hajat dua rakaat kerana Allah Ta'ala.

memohon pengharapan kepada Allah swt, moga-moga ditunjukkan pilihan yang terbaik. sekiranya masih lagi ada keraguan, ulangilah solat sunat istikharah tersebut dan baca doa ini, meskipun pengulangan sampai tujuh kali berturut-turut.
Kemudian, bertawakkallah kepada Allah swt dengan memilih salah satu daripada pilihan kita, ambillah yang mana arah hati lebih cenderung selepas berdoa, janganlah menimbulkan lagi keraguan, lakukanlah dengan sepenuh hati dan keyakinan bahawa ini adalah pilihan yang telah ditetapkan Allah kepada kita.
Janganlah merasa kecewa jika pilihan kita itu menimbulkan hal-hal yang tidak diingini. Ingatlah bahawa ini adalah takdir yang telah ditetapkan oleh Allah swt kepada kita dan telah digariskan sejak azali lagi. besar kemungkinan ada hikmah di sebaliknya. walaupun sekarang kita tidak nampak hikmah itu. Ingat kisah sang raja dengan menterinya yang pergi memburu...
nanti ana masukkan kisah tu dalam blog ni.. nantikan keluaran masa akan datang! peace:)

Sabtu, 11 April 2009

BISMILLAH

Dengan Nama Allah Yang Menjadikan diri ana, ana mulakan penulisan dalam blog ini sebagai satu cabang dakwah yang berterusan, sebagai usaha mencari mardhotillah, keredhaanMu jua ya Allah. Setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah swt kerana kali ini, pada hari ini dibukakan pintu hati ana , digerakkah hati ini untuk buka blog ini. Semoga Allah permudahkan segala urusan.
Sahabat-sahabat sekalian, renungilah sebuah hadis junjungan besar Baginda Rasulullah S.A.W.,
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, bersabda Rasulullah saw, "Akan datang suatu zaman seseorang tidak memperdulikan dari mana ia mendapatkan harta, apakah dari sumber yang halal atau pun haram".H.R. Muslim
Lihatlah apa yang berlaku di dunia mutakhir ini, manusia sering bertelingkah kerana harta, di mana Allah swt menarik sedikit demi sedikit ilmu pengetahuan dengan kematian para alim, wali-wali Allah, dan org-org yang mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam bidang agama dengan menggantikan pemimpin-pemimpin yang dilantik, bukan pada yang haq. pemimpin yang materialisme, menggunakan kuasa vetonya untuk mengaut keuntungan dunia tanpa mengira halal atau haram sesuatu harta itu, tanpa diselidikinya terlebih dahulu.
Bagi mereka, harta itu seboleh-bolehnya dikumpulkan sebanyak yang mungkin mengikut kehendak nafsu yang hina lagikan picisan. Maka di sini riba berleluasa di mana-mana, penjaga anak yatim melanggar amanah dan memkan harta mereka, perebutan kuasa dunia dan manusia saling bercakaran kerana HARTA.
Mudah-mudahan kita tidak tergolong dalam golongan ini dan kita mohon kepada Alah swt agar dijauhkan dari ajakan nafsu yang memperdaya kita setiap masa. wassalam
 
Design by SUNNAH STUDIO | Bloggerized by TERBITAN MUKMIN - Premium Blogger Themes | MADU KEIMANAN, SUNNAH STUDIO