Ahad, 27 Mac 2011

Definisi Al-Asya`irah

Definisi Al-Asya`irah
Perkataan al-Asya`irah diberikan atau digunakan kepada mereka yang
menjalani dan mengikut metode al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari
dalam perkara I`tiqad (keyakinan) (tidak secara taqlid buta tetapi
dengan cara mengambil petunjuk).
Ia di nisbahkan kepada al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari
sebagaimana dinisbahkan kepada mazhab empat al-Imam Abu Hanifah,
al-Imam Malik, al-Imam al-Syafi`i dan Imam Ahmad ibn Hanbal dalam
masalah furu` fiqhiyyah. Sekalipun mereka berlainan atau berbeza
pada jalan-jalan istinbat dan pengeluaran hukum-hakam, namun
mereka bersatu pada sumber dan ambilan. Demikian juga al-Imam
Abu al-Hassan al-Asy`ari dalam bidang Usuluddin yang mengambil
daripada al-Quran al-Karim dan al-Sunnah yang mulia dan berjalan
di atas manhaj para Salaf al-Salih. Perkataan al-Asya`irah dinisbahkan
kepadanya kerana beliau telah merintis jalan tersebut dan menyusun
serta memasyhurkannya kepada umat manusia selepas ahli bid`ah dan
orang yang mengikut hawa nafsu berusaha menghapuskannya.
tidakkah kau fikirkan, makhluk dicabar Tuhan, mencipta ungkapan sebanding Al-Quran, lalu semua kaku hilang kefasihan

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Design by SUNNAH STUDIO | Bloggerized by TERBITAN MUKMIN - Premium Blogger Themes | MADU KEIMANAN, SUNNAH STUDIO