Isnin, 31 Januari 2011

kewajipan mengenal Allah ta`ala

Ilmu Akidah ataupun ilmu tauhid adalah perkara utama dan pertama yang wajib dipelajari. Hal ini dengan melihat kepada beberapa dalil. Antaranya :

Firman Allah ta`ala di dalam surah Muhammad ayat 19 yang bermaksud:

"ketahuilah bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah dan mohonlah kemapunan bagi dosamu, bagi muslimin dan muslimat".

Ayat ini mendahulukan perintah agar mempelajari ilmu Tauhid iaitu mengenal Allah sebelum perintah memohon ampun.

Rasulullah SAW pernah ditanya tentang amalan yang paling utama, lalu baginda menjawab :

أفضل الأعمال ايمان بالله و رسوله

maksudnya :

"perbuatan yang paling utama (secara mutlak) beriman kepada Allah dan Rasul-Nya"

[Diriwayatkan oleh al-Imam Bukhari]

Ini adalah kerana segala amalan soleh yang dikerjakan tanpa disertakan dengan iman kepada Allah dan Rasul-nya serta aqidah yang sahih tidak akan diterima sama sekali oleh Allah SWT. Syarat bagi sesuatu amalan soleh itu diterima adalah iman. Beriman kepada Allah adalah mengenal Allah dengan yakin di dalam hati tanpa syak ( seimbang antara percaya dengan tidak iaitu ragu-ragu), waham (lebih tidak percaya daripada percaya) dan zhon (lebih percaya daripada tidak percaya ). Sekiranya ketiga-tiga ini (syak, waham dan zhan) berhimpun di dalam diri seseorang, maka ia belum lagi beriman kepada Allah ta`ala.



selanjutnya : klik di sini!

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Design by SUNNAH STUDIO | Bloggerized by TERBITAN MUKMIN - Premium Blogger Themes | MADU KEIMANAN, SUNNAH STUDIO