Selasa, 1 Februari 2011

Israk dan Mikraj

Allah ta`ala berfirman, Surah Al-Isra` ayat 1 :

Maha suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari al-Masjidil Haram ke al-Masjidil Aqsha yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat. (Surah Al-Isra` ayat 1)

Pada tanggal 27 rejab telah berlaku peristiwa al-Israk. Telah diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi daripada Syaddad bin `Aus yang telah berkata : " Kami telah bertanya : Wahai Rasulullah bagaimana kamu diisrakkan? " . Baginda menjawab : " Aku telah bersolat (menjadi imam ) bagi sahabat-sahabatku, solat malam di makkah dan telah datang Jibril kepadaku dengan sejenis tunggangan (namanya al-Buraq) berwarna putih yang lebih tinggi daripada Himar dan lebih rendah daripada Baghal". Kemudian dia ( Jibril ) telah berkata : "Tungganglah!". Maka tunggangan itu meronta-ronta ( tanda terlalu gembira ) ke atasku, lalu Jibril memusingkan telinga tunggangan tersebut, kemudian membawaku ke atasnya, setelah itu ia pergi membqawa kami yang mana setiap langkah kakinya adalah sejauh mata memandang sehingga kami sampai di satu kawasan kebun tamar, maka ia telah menurunkan aku, lalu berkata Jibril : "Solatlah!" maka aku pun solat. Kemudian kami menunggang dan Jibril bertanya : "Adakah kamu tahu di mana kamu telah bersolat? Sesungguhnya, kamu telah bersolat di Yathrib, kamu telah bersolat di Thoiban".

Setelah itu ia pergi membawa kami yang mana setiap langkah kakinya adalah sejauh mata memandang sehingga kami telah sampai di suatu kawasan, lalu Jibril berkata :

"turunlah".

Lalu aku pun turun. Jibril berkata :

"tunaikanlah solat'

Lalu aku pun bersolat, kemudian kami menunggang semula. Jibril berkata :

"Adakah kamu tahu di mana kamu telah bersolat?. Sesungguhnya kamu telah bersolat di Thur Sina iaitu tempat yang mana Nabi Musa telah berbicara dengan Allah"

Setelah itu ia pergi membawa kami sehingga kami sampai ke kawasan yang kami lihat padanya sebuah istana, lalu dia (Jibril) berkata : " Turunlah!"

Maka aku pun turun. Kemudian Jibril berkata lagi :

"Solatlah!".

Aku pun bersolat, lalu Jibril berkata : " Adakah kamu tahu di mana kamu telah bersolat?" Aku menjawab : " Allah Maha Mengetahui". Jibril pun berkata, " Kamu telah bersolat di Bait Laham iaitu tempat dilahirkan Isa `alaihissalaam al-masih Ibnu Maryam". Kemudian Jibril telah bertolak bersamaku hingga kami telah memasuki sebuah bandar ( A-Madinah ) melalui pintunya (arah) al-Yamani, lalu Jibril telah menuju ke kiblat masjid setelah mengikat tunggangannya di pintu masjid dan kami memasuki masjid melalui pintu padanya (arah ) condong matahari dan bulan, kemudian aku telah bersembahyang di kawasan masjid sebagaimana dikehendaki oleh Allah ta`la"

bersambung....

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Design by SUNNAH STUDIO | Bloggerized by TERBITAN MUKMIN - Premium Blogger Themes | MADU KEIMANAN, SUNNAH STUDIO