Selasa, 26 Julai 2011

Kurang ajar engkau!


Terdapat satu hikayat yang berlaku ke atas dua orang, yang seorang berilmu tetapi tidak beribadah, yang seorang lagi beribadah tetapi tidak berilmu. Mereka dicuba dan diuji oleh seseorang, sampai di mana jahatnya orang yang berilmu tapi tidak beribadah, dan jahatnya orang yang beribadah tetapi tanpa ilmu. Dia mendatangi keduanya dengan memakai pakaian yang hebat. Kepada orang yang beribadah ia berkata begini, " Hai! hamba-Ku aku sudah ampuni dosamu seluruhnya, sekarang kau tidak perlu lagi beribadah". maka jawab orang yang ibadah itu, " Oh, itulah yang ku harapkan dari-Mu ya Tuhanku", disangka orang yang bersuara itu adalah Tuhannya, sebab ia tidak mengetahui sifat-sifat Tuhan. Kemudian ia datang kepada orang yang berilmu yang sedang minum arak dan berkata : " Hai, kamu akan diampuni dosamu! " Maka ia menjawab : " Kurang ajar engkau! " lalu dicabutnya pedang, " Engkau sangka aku tidak mengetahui Tuhan? "

Demikianlah bahawa orang yang berilmu itu tidak mudah ditipu syaitan, tetapi sebaliknya orang yang tidak berilmu sangat mudah ditipu oleh syaitan

Tertipu....


Ada satu hikayat bahawa seorang ahli ibadah yang jahil selalu berdoa agar dapat melihat iblis. Ada yang menasihatinya : Jangan berdoa demikian! mintalah keselamatan kepada Allah ta`ala daripada tipudayanya. Namun ia tetap berkeras kepala ingin melihat iblis. Maka diperlihatkan Allah ta`ala kepada Iblis. Ketika ia melihat iblis ia hendak ditamparnya. Maka iblis itu berkata sepertimana berikut, " Andaikata aku tidak tahu bahawa umurmu masih 100 tahun lagi, aku bunuh engkau dan juga aku hukum! " Maka tertipu dia : "Wah hidupku ini seratus tahun lagi." Dia berkata dalam hatinya, " Masih panjang umurku, nanti sahaja aku beribadah, kalau sudah dekat mati baru aku bertaubat dan mulai beribadah, kalau dari sekarang terasa sangat payah. Aku akan melakukan maksiat sepuas-puasnya, nanti kalau sudah hampir 100 tahun barulah aku bertaubat."
Akhirnya dia mengerjakan maksiat sepuas-puasnya dan meninggalkan ibadah, dan sebelum 100 tahun dia mati. Itulah orang yang suka berlagak tahu.

Isnin, 25 Julai 2011

Rukun Iman dan Pengertiannya

Rukun

  • Percaya kepada Allah

Sifat Allah

Wajib

Mustahil

Harus

20

Lawan sifat 20

1

  • Percaya kepada Malaikat

Malaikat yang wajib dipercayai secara tafsili

Jibril Menyampaikan wahyu Mikail Membawa rezeki Israfil Meniup sangkakala ‘Izrail Mencabut nyawa Munkar Menyoal mayat di dalam kubur Nakir Menyoal mayat di dalam kubur Raqib Mencatit amalan kebajikan Atid Mencatit amalan kejahatan Malik Menjaga pintu neraka Ridwan Menjaga pintu syurga

  • Percaya kepada Kitab

Kitab Samawi

1. Al-Quran oleh Nabi Muhammad dalam Bahasa Arab

2. Injil oleh Nabi Isa dalam Bahasa Siryani

3. Zabur oleh Nabi Daud dalam Bahasa Qibti

4. Taurat oleh Nabi Musa dalam Bahasa Ibrani

  • Percaya kepada Rasul

1. Adam 2. Idris 3. Nuh 4. Hud 5. Saleh 6. Ibrahim 7. Luth 8. Ishak 9. Ismail 10. Ya’qub 11. Yusuf 12. Ayub 13. Syu’aib 14. Harun 15. Musa 16. Ilyasa’ 17. Zulkifli 18. Daud 19. Sulaiman 20. Ilyas 21. Yunus 22. Zakaria 23. Yahya 24. Isa 25. Muhammad S.A.W.

  • Percaya kepada Hari Akhirat
  • Percaya kepada Qadha’ dan Qadar
    • Erti Qadha’ adalah perlaksanaan setiap satu perkara
    • Erti Qadar pula adalah ketentuan setiap satu perkara
    • Oleh itu percaya kepada Qadha’ dan Qadar adalah setiap perkara yang terjadi itu adalah kehendak dan ketentuan Allah

www.bahrulkalam.blogspot.com

www.terbitanmukmin.blogspot.com


www.bahrulkalam.blogspot.com

www.terbitanmukmin.blogspot.com

ikhlas adalah cara utama mengatasi riak

Apabila engkau bertanya : "kalau demikian, mohon diterangkan apa hakikat ikhlas dan riak itu, dan bagaimana hukumnya dan bagaimana asar ( kesannya ) terhadap ilmu?"Hendaknya dimaklumi bahawa ikhlas itu mengikat pandangan ulama dari kalangan kita ada dua macam, iaitu :

1. Ikhlas dalam amal

2. Ikhlas dalam memohon pahala

Adapun ikhlas dalam beramal, ialah niat kita bertaqarrub kepada Allah dan niat kita mengagungkan perintah-Nya dan niat melaksanakan seruan Tuhan. Yang mendorong semuanya itu, ialah ijtihad yang sungguh-sungguh.

Adapun lawan dari ikhlas ialah kemunafiqan yakni taqarub kepada selain dari Allah.Berkaitan dengan perkara ini salah seorang dari guruku rahimahullah ta`ala berkata : " Nifaq iaitu iktikad yang salah, yakni iktiqad orang-orang yang munafiq kepada Allah."

peringatan orang yang tidur...

Dan berkata guru kami rahimahullah : "Dunia itu hanya tiga nafas sahaja : Satu nafas telah lalu membawa amalanmu yang dikerjakan pada nafas itu, dan satu nafas yang sedang engkau alami, dan satu nafas lagi ialah apakah engkau alan sampai kepadanya ataupun tidak; kerana ramai orang yang sedang bernafas terburu oleh datangnya maut sebelum bernafas lagi. Jika demikian halnya, maka hanya ada satu nafas sahajayang engkau miliki bukan hari dan bukan saat, kerana itu segheralah melakukan taat pada nafas yang sedang engkau miliki, sebelum ia pergi dan bertaubatlah, sebab siapa tahu bahawa pada nafas kedua itu engkau akan mati"

 
Design by SUNNAH STUDIO | Bloggerized by TERBITAN MUKMIN - Premium Blogger Themes | MADU KEIMANAN, SUNNAH STUDIO