Selasa, 1 Februari 2011

Allah Wujud tanpa Bertempat

Al-Imam al-Faqih Abu Ja`far al-Tahawi radiyallahu`anhu (W. 321 H) dalam risalahnya al-`Aqidah al-Tahawiyyah :

"وَتَعَالَى – أَيْ الله – عَنِ الْحُدُوْدِ وَالْغَايَاتِ وَالأَرْكَانِ وَالأَعْضَاءِ وَالأَدَوَاتِ لا تَحْوِيْهِ الْجِهَاتُ السِّتُّ كَسَائِرِ الْمُبْتَدَعَاتِ".

Maksudnya:

"Allah Maha Suci dari batasan (bentuk kecil mahupun besar, jadi Allah tidak mempunyai ukuran sama sekali), batas akhir, sudut (sisi-sisi), anggota besar (seperti wajah, tangan dan lain-lain) dan anggota kecil (seperti mulut, lidah, anak lidah, hidung, telinga dan lain-lainnya) sedangkan Dia tidak diliputi oleh arah yang enam (atas, bawah, kanan, kiri, depan dan belakang) seperti sekalian makhluk (yang diliputi oleh enam arah)".

Abu Ja`far, al-`Aqidah al-Tahawiyyah - disertakan dalam Sharh al-`Aqidah al-Tahawiyyah oleh al-`Allamah al-Faqih `Abdul-Ghani al-Ghanimi - , Damsyiq: Dar al-Fikr, h. 28. Dan Abdullah al-Harari(1997), Izhar al-`Aqidah al-Sunniyyah bi Syarh al-`Aqidah al-Tahawiyyah, Beirut: Dar al-Masyari`, h. 163 dan 343.

Berkata Al Imam Ahmad ibn Hanbal dan Al Imam Dzu al-Nun al Mishri dan Al Hafiz al Khatib al-Baghdadi (salah seorang murid al-Imam Malik yang masyhur) :

"مَهْمَا تَصَوَّرْتَ بِبَالِك, فَاللهُ بِخِلافِ ذَلِك".

Maksudnya:

"Apapun yang terlintas dalam benak kamu (tentang Allah), maka Allah tidak seperti itu(sesuatu yang terlintas dibenak kamu)".

Diriwayatkan oleh Abu al-Fadhl al-Tamimi dalam kitabnya “I`tiqad” kata-kata al-Imam Ahmad Ibn Hanbal, kata-kata al-Imam Dzu an-Nun al Mishri diriwayatkan oleh al-Khatib al-Baghdadi di dalm kitabnya “Tarikh Baghdadi”.

Al-Imam al-Sajjad Zainal `Abidin `Ali ibn al Husain ibn `Ali ibn Abi Thalib (38 H- 94 H) berkata :

"أَنْتَ اللهُ الَّذِيْ لا يَحْوِيْكَ مَكَانٌ" وَقَالَ: أَنْتَ اللهُ الَّذِيْ لا تُحَدُّ فَتَكُوْنَ مَحْدُوْدًا وَقَالَ: سُبْحَانَكَ لاتُحَسُّ وَلا تُجَسُّ وَلاتُمَسُّ ".

Maksudnya:

"Engkaulah Allah yang tidak diliputi tempat", dan dia berkata lagi:"Engkaulah Allah yang Maha Suci dari had (benda bentuk dan ukuran)", beliau berkata lagi :"Maha Suci Engkau yang tidak boleh diraba mahupun disentuh",(Allah tidak menyentuh sesuatupun daripada makhlukNya dan Ia tidak disentuh oleh sesuatupun dari makhlukNya kerana Allah buka jisim. Allah Maha Suci dari sifat berkumpul, menempel, berpisah dan berlaku jarak antara Allah dan makhlukNya kerana Allah bukan jisim dan ada tanpa arah)."

Muhammad Murtada al-Zabidi(t.t), Ittihaf al-Sadatil-Muttaqin, Beirut: Dar al-Fikr, j. 4, h. 380.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Design by SUNNAH STUDIO | Bloggerized by TERBITAN MUKMIN - Premium Blogger Themes | MADU KEIMANAN, SUNNAH STUDIO