Isnin, 31 Januari 2011

kewajipan mengenal Allah ta`ala

Ilmu Akidah ataupun ilmu tauhid adalah perkara utama dan pertama yang wajib dipelajari. Hal ini dengan melihat kepada beberapa dalil. Antaranya :

Firman Allah ta`ala di dalam surah Muhammad ayat 19 yang bermaksud:

"ketahuilah bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah dan mohonlah kemapunan bagi dosamu, bagi muslimin dan muslimat".

Ayat ini mendahulukan perintah agar mempelajari ilmu Tauhid iaitu mengenal Allah sebelum perintah memohon ampun.

Rasulullah SAW pernah ditanya tentang amalan yang paling utama, lalu baginda menjawab :

أفضل الأعمال ايمان بالله و رسوله

maksudnya :

"perbuatan yang paling utama (secara mutlak) beriman kepada Allah dan Rasul-Nya"

[Diriwayatkan oleh al-Imam Bukhari]

Ini adalah kerana segala amalan soleh yang dikerjakan tanpa disertakan dengan iman kepada Allah dan Rasul-nya serta aqidah yang sahih tidak akan diterima sama sekali oleh Allah SWT. Syarat bagi sesuatu amalan soleh itu diterima adalah iman. Beriman kepada Allah adalah mengenal Allah dengan yakin di dalam hati tanpa syak ( seimbang antara percaya dengan tidak iaitu ragu-ragu), waham (lebih tidak percaya daripada percaya) dan zhon (lebih percaya daripada tidak percaya ). Sekiranya ketiga-tiga ini (syak, waham dan zhan) berhimpun di dalam diri seseorang, maka ia belum lagi beriman kepada Allah ta`ala.



selanjutnya : klik di sini!

Allah exist without place

Imam Syafei berkata:

إنه تعالى كان ولا مكان فخلق المكان وهو على صفة الأزلية كما كان قبل خلقه المكان لايجوز عليه التغيير في ذاته ولا التبديل في صفاته

Maknanya: Sesungguhnya Allah Taala ada sebelum terciptanya tempat, dan selepas dicipta tempat maka Dia tetap bersifat azali(ada tanpa tempat) sepertimana sebelum Dia mencipta tempat, tidak harus berlaku pada-Nya perubahan pada zat dan sifat-sifat-Nya.( Diriwayatkan dalam kitab Ithaf al Sadatil Muttaqin, jilid 2 m/s:24.

lebih lanjut sila ke : klik sini!

Selasa, 25 Januari 2011

Sekali-kali tidak boleh berkata Allah di mana-mana!!!



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Pengasih

إِنَّ الْحَمْدَ لِلَّهِ نَحْمَدُهُ وَنَسْتَغْفِرُهُ وَنَسْتَعِيْنُهُ وَنَسْتَهْدِيْهِ وَنَشْكُرُهُ، وَنَعُوْذُ بِاللهِ مِنْ شُرُوْرِ أَنْفُسِنَا وَمِنْ سَيِّئَاتِ أَعْمَالِنَا، مَنْ يَهْدِهِ اللهُ فَلا مُضِلَّ لَهُ وَمَنْ يُضْلِلْهُ فَلا هَادِيَ لَهُ، وَنَشْهَدُ أَن لا إِلَهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ وَلا مَثِيْلَ لَهُ وَلا ضِدَّ وَلا نِدَّ لَهُ، جَلَّ رَبُّنَا لا يُشْبِهُ شَيْئًا وَلا يُشْبِهُهُ شَىْءٌ، وَلا يَحُلُّ فِيْ شَىْءٍ وَلا يَنْحَلُّ مِنْهُ شَىْءٌ، لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَىْءٌ وَهُوَ السَّمِيْعُ الْبَصِيْرُ. وَنَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا وَحَبِيْبَنَا وَعَظِيْمَنَا وَقَائِدَنَا وَقُرَّةَ أَعْيُنِنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ وَصَفِيُّهُ وَحَبِيْبُهُ وَخَلِيْلُهُ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَعَلَى كُلِّ رَسُوْلٍ أَرْسَلَتَهُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ.


Sesungguhnya segala puji-pujian dipanjatkan kepada Ilahi, kami memuji-Nya, memohon istighfar dari-Nya, memohon pertolongan dari-Nya, memohon perkenan hidayah dari-Nya serta kami bersyukur ke kepada-Nya. Kami memohon perlindungan dari-Nya daripada segala kejahatan yang terbit daripada diri kami dan dari segala kejahatan amalan-amalan kami. Barangsiapa yang dianugerahkan hidayah akan dia oleh Allah maka tiada siapa yang mampu menyesatkannya dan barangsiapa yang disesatkan oleh-Nya, maka tidak ada sesuatupun yang dapat memberi petunjuk baginya. Kami bersaksi bahawasanya tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya, tidak ada yang sebanding dengan-Nya, tidak ada lawan bagi-Nya dan tidak yang setara bagi-Nya, Tuhan kami yang Maha Mulia, tidak ada sesuatupun yang menyerupai-Nya dan Dia (Allah) tidak sama sekali menyerupai segala sesuatu (makhluk-makhluk-Nya), Dia (Allah) tidak sama sekali meresap ke dalam (jasad) sesuatu, dan tidak ada sesuatupun yang terungkai (terjuzu’) daripada Zat-Nya, tidak ada sesuatupun yang menyerupai-Nya dan Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat. Dan kami bersaksi bahawasanya penghulu kami, kecintaan kami, keagungan kami, pemimpin kami dan cahaya mata yang menyinari kami, Nabi Muhammad yang merupakan hamba-Nya, rasul-Nya, pilihan-Nya, kecintaan-Nya dan kekasih-Nya (selawat dan salam ke atasnya) dan ke atas sekalian para rasul yang telah Engkau utuskan wahai Tuhan sekalian alam.


Bahawa Tidak Boleh Berkata: “Allah Di Setiap Tempat atau Di Mana-mana”

Ketahuilah bahawa seseorang itu tidak boleh berkata: “Allah di setiap tempat atau di mana-mana” meskipun dia memahami ungkapan yang fasid ini dengan makna bahawa Allah mengetahui setiap perkara. Berikut adalah dalil larangan tersebut:

Al-Mutakallim al-Imam Ibn Furak al-Ash^ari (w. 407 H) berkata dalam kitabnya Mushkilul-Hadith[1]:
اعلم أن الثلجي كان يذهب مذهب النجار في القول بأن الله في كل مكان وهو مذهب المعتزلة وهذا التأويل عندنا منكر من أجل أنه لا يجوز أن يقال إن الله تعالى في مكان أو في كل مكان
Maksudnya:
“Ketahuilah bahawa al-Thalji pernah berpegang dengan mazhab al-Najjar dalam pendapat bahawa Allah itu di setiap tempat, sedangkan ini juga mazhab al-Mu^tazilah. Takwil ini di sisi kami adalah suatu kemunkaran dari kerana tidak boleh dikatakan bahawa Allah taala itu berada di suatu tempat atau di setiap tempat”. Intaha.

Al-Mutakallim Ibn Furak berkata lagi[2]:
فمتى ما رجعوا في معنى إطلاق ذلك إلى العلم والتدبير كان معناهم صحيحًا واللفظ ممنوعًا ألا ترى أنه لا يسوغ أن يقال إن الله تعالى مجاور لكل مكان أو مماس له أو حال أو متمكن فيه على معنى أنه عالم بذلك مدبرٌ له

Maksudnya:
“Maka apabila mereka merujuk makna ungkapan itu kepada ilmu dan tadbir maka makna mereka itu sahih dan lafaz pula dilarang. Bukankah anda melihat bahawa tidak boleh mengungkap untuk berkata bahawa Allah taala itu bersebelahan di setiap tempat, atau bersentuhan dengan setiap tempat, atau meresap di setiap tempat, atau bertempat di setiap tempat dengan makna bahawa Dia mengetahui dan mentadbir setiap tempat?”. Intaha.

Al-Imam al-Hafiz Abu Bakr al-Bayhaqi al-Shafi^i al-Ash^ari (w. 458 H) berkata dalam kitabnya al-I^tiqad wal-Hidayah ila Sabilir-Rashad[3]:
وفيما كتبنا من الآيات دلالة على إبطال قول من زعم من الجهمية أن الله سبحانه وتعالى بذاته في كل مكان وقوله عز وجل: ((وَهُوَ مَعَكُمْ أَيْنَ مَا كُنتُمْ)) إنما أراد به بعلمه لا بذاته
Maksudnya:
“Dan dalam ayat-ayat yang telah kami tulis itu ada suatu pendalilan bagi membatalkan pendapat daripada sangkaan golongan al-Jahmiyyah bahawa Allah subhanahu wa-ta^ala itu berada di setiap tempat dengan zat-Nya. Dan firman Allah ^azza wa-jall:
وَهُوَ مَعَكُمْ أَيْنَ مَا كُنتُمْ sebenarnya bermaksud dengan ilmu-Nya bukannya dengan zat-Nya”. Intaha.

Hujjatul-Islam al-Shaykh Abu Hamid al-Ghazali al-Shafi^i al-Asha^ari (w. 505 H) berkata bagi menyanggah Jahm ibn Safwan yang merupakan salah seorang daripada pemuka-pemuka ahli bidaah dalam kitabnya al-Arba^in fi Usulid-Din[4]:

ولا ترتبك في مواقع غلطه فمنه غلط من قال: إنه في كل مكان. وكل من نسبه إلى مكان أو جهة فقد زلّ فضلّ ورجع غاية نظره إلى التصرف في محسوسات البهائم ولم يجاوز الأجسام وعلائقها
Maksudnya:
“Dan jangan anda meragukan diri anda tentang beberapa tempat kesalahannya. Antaranya ialah kesalahan orang yang berkata bahawa Dia (Allah) itu di setiap tempat. Dan setiap orang yang menisbahkan-Nya kepada suatu tempat atau suatu arah maka dia telah menyeleweng dan sesat, dan kemuncak pandangannya merujuk kepada beralih dalam perkara yang dirasai oleh binatang, sedangkan Allah tidak ada kaitan dengan segala jisim dan perkara yang ada kaitan dengan jisim dan perkara-perkara yang berkaitan dengan jisim..”. Intaha.

Ibn Kathir (w. 774 H) berkata dalam kitabnya Tafsir al-Qur’anil-^Azim[5]:
اتفق المفسرون على إنكار قول الجهمية الأول القائل تعالى عن قولهم علوًّا كبيرًا بأنه في كل مكان

Maksudnya:
“Ulama tafsir bersepakat bagi menginkar pendapat al-Jahmiyyah golongan pertama yang berkata – Allah maha suci dari pendapat mereka ini – bahawa Allah itu di setiap tempat”. Intaha.

Al-Imam al-Hafiz Ibn Hajar al-^Asqalani al-Shafi^i al-Ash^ari (w. 852 H) dalam kitabnya Fathul-Bari[6]:
وقد نزع به بعض المعتزلة القائلين بأن الله في كل مكان وهو جهل واضح وفيه – أي في حديث: (إن أحدكم إذا قام في صلاته فإنه يناجي ربّه إن ربّه بينه وبين القبلة) – الردّ على من زعم أنه على العرش بذاته

Maksudnya:
“Dan sesungguhnya hadis ini dipertikai oleh sebahagian golongan al-Mu^tazilah yang berkata bahawa Allah itu di setiap tempat, sedangkan ini suatu kejahilan yang nyata. Dan dalamnya – iaitu dalam hadis (
إن أحدكم إذا قام في صلاته فإنه يناجي ربّه إن ربّه بينه وبين القبلة) - ada sanggahan ke atas sesiapa yang menganggap bahawa Dia di atas Arasy dengan zat-Nya”. Intaha.

Al-Shaykh ^Abdul-Wahhab ibn Ahmad al-Sha^rani berkata dalam kitabnya al-Yawaqit wal-Jawahir:
لا يجوز أن يقال إنه تعالى في كل مكان كما تقول المعتزلة والقدرية

Maksudnya:
“Tidak boleh dikatakan bahawa Dia (Allah) taala itu di setiap tempat seperti yang dikatakan oleh golongan al-Mu^tazilah dan al-Qadariyyah”. Intaha.

Di sini pengingkaran ditegaskan setegas-tegasnya ke atas kaum Mu^tazilah dan Jahmiyyah yang berpegang dengan kalimah seperti yang dinaqalkan di atas. Penyelewengan aqidah seperti ini juga kita akan mendapatinya di dalam tulisan Sayyid Qutb iaitu dalam karangannya Fi Zilalil-Qur’an ketika mentafsir ayat 4 surah al-Hadid: ((
وَهُوَ مَعَكُمْ أَيْنَ مَا كُنتُمْ)) - [yang makna zahirnya: dan Dia bersama kamu di mana jua kamu berada] - dia berkata[7]:
وهو كلمة على الحقيقة لا على الكناية والمجاز. فالله سبحانه مع كل واحد ومع كل شيء في كل وقت وفي كل مكان

Maksudnya:
“Dan ia suatu kalimah yang menurut hakikat bukannya menurut kinayah (sindiran makna) dan majaz (memaksudkan suatu makna daripada makna-makna yang pelbagai). Maka Allah subhanahu bersama setiap orang dan bersama setiap sesuatu pada setiap waktu dan di setiap tempat.”. Intaha.

Ini suatu kejahilan nyata. Inna liLlah wa inna ilayhi raji^un... Allah maha suci dari segala sifat yang disifatkan oleh kaum yang zalim...

WaLlahu a^lam.
______________________________

[1] Ibn Furak, Mushkilul-Hadith, Dar al-Kutub al-^Ilmiyyah, Beirut, hlm. 63.
[2] Ibid, hlm. 65 – 66.
[3] Al-Bayhaqi, al-I^tiqad wal-Hidayah ila Sabilir-Rashad, ^Alam al-Kutub, Beirut, hlm. 70.
[4] Al-Ghazali, al-Arba^in fi Usulid-Din, Dar al-Afaq al-Jadidah, Beirut, hlm. 198.
[5] Ibn Kathir, Tafsir al-Qur’anil-^Azim, Dar al-Andalus, Beirut, jil. 3, hlm. 7.
[6] Ibn Hajar al-^Asqalani, Fathul-Bari bi-Sharh Sahihil-Bukhari, Dar al-Ma^rifah, Beirut, juz. 1, hlm. 508.
[7] Sayyid Qutb, Fi Zilalil-Qur’an, Dar al-Shuruq, jil. 6, juz. 27, hlm. 3481.

 
Design by SUNNAH STUDIO | Bloggerized by TERBITAN MUKMIN - Premium Blogger Themes | MADU KEIMANAN, SUNNAH STUDIO