Rabu, 23 November 2011

Sucinya Wanita Yang Berhaidh Pada Akhir Waktu

Tidak ada khilaf di kalangan ulama bahawa: Apabila seorang wanita yang berhaidh atau bernifas telah suci dan baki waktu sembahyang masih ada sekadar sempat dilakukannya satu rakaat maka ia wajib menunaikan sembahyang itu, berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w: "Barangsiapa sempat mendapat satu rakaat daripada sembahyang maka ia mendapat sembahyang itu ". (hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim). Hadith ini bermaksud bahawa orang yang tidak sempat mendapat satu rakaat maka ia tidak dikira mendapat sembahyang itu. Jika perempuan itu suci dan waktu sembahyang yang tinggal hanyalah mencukupi untuk melakukan takbiratul ihram atau kurang daripada...

HAKIKAT NIFAS DARI SUDUT BAHASA DAN SYARA'

Nifas pada bahasa bererti bersalin. Apabila seorang wanita bersalin ia dikenali sebagai nufsa', dan wanita-wanita yang bersalin dipanggil nifas. Dari sudut syara' ia bererti darah yang keluar selepas bersihnya rahim daripada kandungan atau dengan kata lain, darah yang keluar sebaik sahaja bersalin atau selepasnya. Ini merupakan takrif di kalangan ulama Syafie. Golongan Hanbali mentakrifkan nifas sebagai darah yang keluar dari rahim selepas keluarnya bayi atau keluar sebahagian besar tubuh bayi walaupun secara terputus-putus satu anggota demi satu anggota dan bukannya sebabagian kecil yang keluar. Ulama Maliki mentakrifkan nifas sebagai darah...

Hukum Mengqada' Sembahyang

Tidak ada khilaf di kalangan fuqaha' bahawa perempuan yang berhaidh tidak perlu mengqada'kan sembahyangnya apabila ia telah suci, kecuali satu pendapat yang dinukilkan daripada sekumpulan puak Khawarij yang mewajibkan qada,' bagi sembahyang yang luput semasa hari-hari haidh. Pendapat ini bercanggah dengan ijma' para ulama. Namun begitu jika wanita itu mengqada'kan sembahyangnya setelah ia suci, adakah sembahyangnya sah atau ia dikira mencampuradukkan ibadat yangg fasid yang dilarang daripadanya? Pengarang kitab al-Muhimmat menukilkan pendapat daripada Ibn Solah, al-Nawawi, dan al-Baidhawi yang menyebutkan bahawa perbuatan itu haram kerana...

HAKIKAT HAIDH DARI SUDUT BAHASA DAN SYARA'

Para ulama Islam bersependapat bahawa darah yang keluar dari kemaluan wanita terbahagi kepada tiga, iaitu: 1. Darah haidh: Darah yang keluar ketika seseorang berada dalam keadaan sihat. 2. Darah nifas: Darah yang keluar selepas bersalin. 3. Darah istihadhah: Darah yang keluar bukan pada masa haidh dan nifas dan ia dikira sebagai darah penyakit. Darah haidh mempunyai pengertian yang tersendiri dari sudut bahasa dan syara'. Dari sudut bahasa haidh bererti mengalir. Oleh itu orang Arab menyebutkan haadhal wadi yang  bermaksud oasis yang mengalir airnya. la dinamakan haidh kerana ia mengalir pada waktu-waktunya yang tertentu. Dari...

PENGENALAN ISTILAH-ISTILAH DALAM FIQH SYAFI'E

Azhar : Pendapat yang berasa daripada dua qaul atau lebih oleh Imam Syafi'e, di mana perselisihan dalam menentukan manakah qaul yang sebenarnya oleh Imam Syafi'e sangat kuat. Lantaran itu pendapat yang paling kuat dan terserlah hujahnya di antara qaul-qaul itu dikenali sebagai azhar. Sementara pendapat satu lagi yang berlawanan dengannya dikenali sebagai zahir kerana kekuatan dalil kedua-duanya. Masyhur: Pendapat yang berasal daripada dua qaul atau lebih oleh Imam syafi'e, di mana dalam menentukan manakah qaul yang sebenamya oleh Syafi'e tidak terdapat perselisihan yang kuat. Qaul yang paling kuat dalam perselisihan ini dikenali' sebagai...

Selasa, 26 Julai 2011

Kurang ajar engkau!

Terdapat satu hikayat yang berlaku ke atas dua orang, yang seorang berilmu tetapi tidak beribadah, yang seorang lagi beribadah tetapi tidak berilmu. Mereka dicuba dan diuji oleh seseorang, sampai di mana jahatnya orang yang berilmu tapi tidak beribadah, dan jahatnya orang yang beribadah tetapi tanpa ilmu. Dia mendatangi keduanya dengan memakai pakaian yang hebat. Kepada orang yang beribadah ia berkata begini, " Hai! hamba-Ku aku sudah ampuni dosamu seluruhnya, sekarang kau tidak perlu lagi beribadah". maka jawab orang yang ibadah itu, " Oh, itulah yang ku harapkan dari-Mu ya Tuhanku", disangka orang yang bersuara itu adalah Tuhannya, sebab ia...

Tertipu....

Ada satu hikayat bahawa seorang ahli ibadah yang jahil selalu berdoa agar dapat melihat iblis. Ada yang menasihatinya : Jangan berdoa demikian! mintalah keselamatan kepada Allah ta`ala daripada tipudayanya. Namun ia tetap berkeras kepala ingin melihat iblis. Maka diperlihatkan Allah ta`ala kepada Iblis. Ketika ia melihat iblis ia hendak ditamparnya. Maka iblis itu berkata sepertimana berikut, " Andaikata aku tidak tahu bahawa umurmu masih 100 tahun lagi, aku bunuh engkau dan juga aku hukum! " Maka tertipu dia : "Wah hidupku ini seratus tahun lagi." Dia berkata dalam hatinya, " Masih panjang umurku, nanti sahaja aku beribadah, kalau ...

Isnin, 25 Julai 2011

Rukun Iman dan Pengertiannya

Rukun Percaya kepada AllahSifat AllahWajibMustahilHarus20Lawan sifat 201 Percaya kepada MalaikatMalaikat yang wajib dipercayai secara tafsili Jibril Menyampaikan wahyu Mikail Membawa rezeki Israfil Meniup sangkakala ‘Izrail Mencabut nyawa Munkar Menyoal mayat di dalam kubur Nakir Menyoal mayat di dalam kubur Raqib Mencatit amalan kebajikan Atid Mencatit amalan kejahatan...

ikhlas adalah cara utama mengatasi riak

Apabila engkau bertanya : "kalau demikian, mohon diterangkan apa hakikat ikhlas dan riak itu, dan bagaimana hukumnya dan bagaimana asar ( kesannya ) terhadap ilmu?"Hendaknya dimaklumi bahawa ikhlas itu mengikat pandangan ulama dari kalangan kita ada dua macam, iaitu :1. Ikhlas dalam amal2. Ikhlas dalam memohon pahala Adapun ikhlas dalam beramal, ialah niat kita bertaqarrub kepada Allah dan niat kita mengagungkan perintah-Nya dan niat melaksanakan seruan Tuhan. Yang mendorong semuanya itu, ialah ijtihad yang sungguh-sungguh. Adapun lawan dari ikhlas ialah kemunafiqan yakni taqarub kepada selain dari Allah.Berkaitan dengan perkara ini salah...

peringatan orang yang tidur...

Dan berkata guru kami rahimahullah : "Dunia itu hanya tiga nafas sahaja : Satu nafas telah lalu membawa amalanmu yang dikerjakan pada nafas itu, dan satu nafas yang sedang engkau alami, dan satu nafas lagi ialah apakah engkau alan sampai kepadanya ataupun tidak; kerana ramai orang yang sedang bernafas terburu oleh datangnya maut sebelum bernafas lagi. Jika demikian halnya, maka hanya ada satu nafas sahajayang engkau miliki bukan hari dan bukan saat, kerana itu segheralah melakukan taat pada nafas yang sedang engkau miliki, sebelum ia pergi dan bertaubatlah, sebab siapa tahu bahawa pada nafas kedua itu engkau akan mati"...

Isnin, 6 Jun 2011

DOA MAULID

Normal 0 21 false false false MS X-NONE X-NONE /* Style Definitions */ table.MsoNormalTable...

Ahad, 27 Mac 2011

HIDUP MULIA, MATI SYAHID!!

by Mohd Affandi Ismail on Saturday, March 5, 2011 at 10:46amAntara Ulama`-Ulama` dalam Bidang Aqidah yang Bermazhab Al-Asya`irah Abu Hassan al-Bahili (W. 370 H) Imam Al-Baqillani (W. 405H) Abu Ishaq Al-Isfarayini (W. 418 H) Imam Ishaq Al-Syirazi (W. 476 H) Imam Al-Juwaini Imam Al-Haramain Abu Al-Ma’ali Al-Juwaini (W. 478 H), pengarang kitab An-Nizomiyah Imam Hujjatul Islam Abu Hamid Muhammad bin Muhammad Al-Ghazali pengarang kitab Al-Iqtisod fi Al-I’tiqod (W. 505 H) Imam Ibn ‘Asakir (W. 576 H), pengarang kitab Tabiyiin KadzibAl-Muftari Imam Al-Syahrastani (W. 548 H) Imam Fakhruddin Ar-Razi pengarang kitab Asas Al - Taqdis(W.606 H) Imam Al-Allamah...

Definisi Al-Asya`irah

Definisi Al-Asya`irahPerkataan al-Asya`irah diberikan atau digunakan kepada mereka yang menjalani dan mengikut metode al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari dalam perkara I`tiqad (keyakinan) (tidak secara taqlid buta tetapi dengan cara mengambil petunjuk). Ia di nisbahkan kepada al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari sebagaimana dinisbahkan kepada mazhab empat al-Imam Abu Hanifah, al-Imam Malik, al-Imam al-Syafi`i dan Imam Ahmad ibn Hanbal dalam masalah furu` fiqhiyyah. Sekalipun mereka berlainan atau berbeza pada jalan-jalan istinbat dan pengeluaran hukum-hakam, namun mereka bersatu pada sumber dan ambilan. Demikian juga al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari...

Siapakah Ahl Al-Sunnah Wa Al-Jama`ah?

by Mohd Affandi Ismail on Thursday, February 24, 2011 at 6:50pmPengertian Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah dari sudut istilah membentuktiga perkataan yang mempunyai makna yang berbeza.1. Ahl, bermaksud keluarga, golongan atau pengikut.2. Al-Sunnah, iaitu segala yang di ajarkan oleh Rasulullahsallallahu`alaihi wasallam, maksudnya semua yang datangdari Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam berupa perbuatan,ucapan dan pengakuan baginda.3. Al-Jama`ah, iaitu apa yang telah disepakati oleh para sahabatRasulullah sallallahu`alaihi wasallam pada zaman Khulafaal-Rasyidin (Khalifah Abu Bakar radiyallahu`anhu, Umarbin al-Khatthab radiyallahu`anhu, Uthman bin...
 
Design by SUNNAH STUDIO | Bloggerized by TERBITAN MUKMIN - Premium Blogger Themes | MADU KEIMANAN, SUNNAH STUDIO