Sabtu, 28 Januari 2012

Doa putus cinta (Mengatasi kekecewaan)

Ramai orang bercinta tetapi akhirnya mengalami kegagalan seperti putus cinta, putus tunang, bercerai suami isteri dan seumpamanya dan akhirnya tidak dapat melupakan kekasihnya. Maka ikhtiar boleh dilakukan untuk melupakan kekasih, letak tapak tangan pada dahi atau dada kemudian baca ayagt berikut. Setelah selesai baca ayat ini, genggam tapak tangan kemudian buat isyarat membuang. (surah Ar-Ra'ad ayat 39) Allah menghapuskan apa jua yang dikehendaki-...

Jumaat, 27 Januari 2012

KENAPA KITA MENYAMBUT MAULID NABI???

SEJARAH  PERINGATAN MAULID NABI  Siapakah orang yang pertama menyambut maulid Nabi??? Peringatan Maulid Nabi pertama kali dilakukan oleh raja Irbil (wilayah Iraq sekarang), bernama Muzhaffaruddin al-Kaukabri, pada awal abad ke 7 hijriyah. Ibn Katsir dalam kitab Tarikh berkata: “Sultan Muzhaffar mengadakan peringatan maulid Nabi pada bulan Rabi’ul Awwal. Beliau merayakannya secara besar-besaran. Beliau adalah seorang yang berani, pahlawan,` alim dan seorang yang adil -semoga Allah merahmatinya-”. Dijelaskan oleh Sibth (cucu) Ibn al-Jauzi bahawa dalam peringatan tersebut Sultan al-Muzhaffar mengundang seluruh rakyatnya dan seluruh para...

Rabu, 23 November 2011

Sucinya Wanita Yang Berhaidh Pada Akhir Waktu

Tidak ada khilaf di kalangan ulama bahawa: Apabila seorang wanita yang berhaidh atau bernifas telah suci dan baki waktu sembahyang masih ada sekadar sempat dilakukannya satu rakaat maka ia wajib menunaikan sembahyang itu, berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w: "Barangsiapa sempat mendapat satu rakaat daripada sembahyang maka ia mendapat sembahyang itu ". (hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim). Hadith ini bermaksud bahawa orang yang tidak sempat mendapat satu rakaat maka ia tidak dikira mendapat sembahyang itu. Jika perempuan itu suci dan waktu sembahyang yang tinggal hanyalah mencukupi untuk melakukan takbiratul ihram atau kurang daripada...

HAKIKAT NIFAS DARI SUDUT BAHASA DAN SYARA'

Nifas pada bahasa bererti bersalin. Apabila seorang wanita bersalin ia dikenali sebagai nufsa', dan wanita-wanita yang bersalin dipanggil nifas. Dari sudut syara' ia bererti darah yang keluar selepas bersihnya rahim daripada kandungan atau dengan kata lain, darah yang keluar sebaik sahaja bersalin atau selepasnya. Ini merupakan takrif di kalangan ulama Syafie. Golongan Hanbali mentakrifkan nifas sebagai darah yang keluar dari rahim selepas keluarnya bayi atau keluar sebahagian besar tubuh bayi walaupun secara terputus-putus satu anggota demi satu anggota dan bukannya sebabagian kecil yang keluar. Ulama Maliki mentakrifkan nifas sebagai darah...

Hukum Mengqada' Sembahyang

Tidak ada khilaf di kalangan fuqaha' bahawa perempuan yang berhaidh tidak perlu mengqada'kan sembahyangnya apabila ia telah suci, kecuali satu pendapat yang dinukilkan daripada sekumpulan puak Khawarij yang mewajibkan qada,' bagi sembahyang yang luput semasa hari-hari haidh. Pendapat ini bercanggah dengan ijma' para ulama. Namun begitu jika wanita itu mengqada'kan sembahyangnya setelah ia suci, adakah sembahyangnya sah atau ia dikira mencampuradukkan ibadat yangg fasid yang dilarang daripadanya? Pengarang kitab al-Muhimmat menukilkan pendapat daripada Ibn Solah, al-Nawawi, dan al-Baidhawi yang menyebutkan bahawa perbuatan itu haram kerana...

HAKIKAT HAIDH DARI SUDUT BAHASA DAN SYARA'

Para ulama Islam bersependapat bahawa darah yang keluar dari kemaluan wanita terbahagi kepada tiga, iaitu: 1. Darah haidh: Darah yang keluar ketika seseorang berada dalam keadaan sihat. 2. Darah nifas: Darah yang keluar selepas bersalin. 3. Darah istihadhah: Darah yang keluar bukan pada masa haidh dan nifas dan ia dikira sebagai darah penyakit. Darah haidh mempunyai pengertian yang tersendiri dari sudut bahasa dan syara'. Dari sudut bahasa haidh bererti mengalir. Oleh itu orang Arab menyebutkan haadhal wadi yang  bermaksud oasis yang mengalir airnya. la dinamakan haidh kerana ia mengalir pada waktu-waktunya yang tertentu. Dari...

PENGENALAN ISTILAH-ISTILAH DALAM FIQH SYAFI'E

Azhar : Pendapat yang berasa daripada dua qaul atau lebih oleh Imam Syafi'e, di mana perselisihan dalam menentukan manakah qaul yang sebenarnya oleh Imam Syafi'e sangat kuat. Lantaran itu pendapat yang paling kuat dan terserlah hujahnya di antara qaul-qaul itu dikenali sebagai azhar. Sementara pendapat satu lagi yang berlawanan dengannya dikenali sebagai zahir kerana kekuatan dalil kedua-duanya. Masyhur: Pendapat yang berasal daripada dua qaul atau lebih oleh Imam syafi'e, di mana dalam menentukan manakah qaul yang sebenamya oleh Syafi'e tidak terdapat perselisihan yang kuat. Qaul yang paling kuat dalam perselisihan ini dikenali' sebagai...
 
Design by SUNNAH STUDIO | Bloggerized by TERBITAN MUKMIN - Premium Blogger Themes | MADU KEIMANAN, SUNNAH STUDIO