Sabtu, 15 Mei 2010

SIRI ILMU TASAUF : Pendahuluan



PENDAHULUAN

Makna Ilmu Tasauf
Ilmu tasauf itu adalah ilmu untuk mengetahui perlakuan hati sma ada perlakuan terpuji seperti merendah diri dan sabar mahupun perlakuan yang tercela seperti hasad dengki dan besar diri

Faedahnya
Mengosongkan hati daripada perkara selain daripada Allah SWT dan dihiasinya dengan pandangan melihat kepada Tuhan Sekalian Alam

Tempat Hantarannya
Tempat hantarannya itu ialah hati manusia yang berupa pihak perlakuan yang datang kepadanya.

Hukumnya
Hukumnya adalah fardhu Ain ke atas setiap orang yang berakal dan sudah cukup umur.

Tempat Pengambilannya
Tempat Pengambilan ilmu ini daripada Al-Quran yang mulia dan Hadis Nabi SAW


NAMA ILMU INI IALAH "ILMU TASAUF"

Maksud Ilmu Tasauf
Ketahuilah bahawa Ilmu Tasauf bermaksud menyuci bersihkan kesemua anggota yang zahir daripada segala perbuatan yang keji agar hati menjadi suci bersih daripada segala sifat yang tercela. Apa yang dimaksudkan dengan kesemua anggota yang zahir itu ialah tujuh anggota jasad :

Pertama : Mata

Kedua : Telinga

Ketiga : Lidah

Keempat : Perut

Kelima : Kemaluan (Faraj)

Keenam : Kedua-dua Tangan

Ketujuh : Kedua-dua Kaki

Ingatilah selalu di dalam hatimu bahawa Allah SWT telah memberikan nikmat yang begitu banyak padamu yang berupa nikmat yang besar-besar iaitu keseluruhan anggotamu yang wajib anda pelihara dan mensyukurinya. Jika anda enggan dan tidak menjaganya, pasti kesemua anggota anda tersebut akan menjadi saksi ke atasmu pada hari Qiamat nanti.
bersambung...

2 ulasan:

sakura suria berkata...

salam ziarah... saudara... harap saudara akan memjelaskan lebih lanjut lg tentang ilmu ini...sy ade 1 soalan kenapa x ada anggota jasad yang bernama Hati?
maaf kalu soalan buat saudara ketawa.... :D...
tp sy ttp nk thu jwpn nye.... hrp saudara Fhm mksud soaln sy

Jalan Hidup berkata...

salam, syukran sebab bertanya.apa yg dimaksudkan dengan tujuh anggota adalah 7 anggota yang zahir. Hati pula termasuk dalam anggota yang batin, di mana perbahasannya akan dimasukkan dengan lebih lanjut nanti. Insya Allah.

Catat Ulasan

 
Design by SUNNAH STUDIO | Bloggerized by TERBITAN MUKMIN - Premium Blogger Themes | MADU KEIMANAN, SUNNAH STUDIO