Sabtu, 11 April 2009

BISMILLAH

Dengan Nama Allah Yang Menjadikan diri ana, ana mulakan penulisan dalam blog ini sebagai satu cabang dakwah yang berterusan, sebagai usaha mencari mardhotillah, keredhaanMu jua ya Allah. Setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah swt kerana kali ini, pada hari ini dibukakan pintu hati ana , digerakkah hati ini untuk buka blog ini. Semoga Allah permudahkan segala urusan.
Sahabat-sahabat sekalian, renungilah sebuah hadis junjungan besar Baginda Rasulullah S.A.W.,
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, bersabda Rasulullah saw, "Akan datang suatu zaman seseorang tidak memperdulikan dari mana ia mendapatkan harta, apakah dari sumber yang halal atau pun haram".H.R. Muslim
Lihatlah apa yang berlaku di dunia mutakhir ini, manusia sering bertelingkah kerana harta, di mana Allah swt menarik sedikit demi sedikit ilmu pengetahuan dengan kematian para alim, wali-wali Allah, dan org-org yang mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam bidang agama dengan menggantikan pemimpin-pemimpin yang dilantik, bukan pada yang haq. pemimpin yang materialisme, menggunakan kuasa vetonya untuk mengaut keuntungan dunia tanpa mengira halal atau haram sesuatu harta itu, tanpa diselidikinya terlebih dahulu.
Bagi mereka, harta itu seboleh-bolehnya dikumpulkan sebanyak yang mungkin mengikut kehendak nafsu yang hina lagikan picisan. Maka di sini riba berleluasa di mana-mana, penjaga anak yatim melanggar amanah dan memkan harta mereka, perebutan kuasa dunia dan manusia saling bercakaran kerana HARTA.
Mudah-mudahan kita tidak tergolong dalam golongan ini dan kita mohon kepada Alah swt agar dijauhkan dari ajakan nafsu yang memperdaya kita setiap masa. wassalam

5 ulasan:

Anonymous berkata...

salam.hm.btol 2. pasal harta ni pun blh meleraikan ikatan kkluargaan..pdhl iktn ukhwah itu lbh BERHARTA dari harta dunia..

Sihat Itu Satu Anugerah berkata...

to wawa
syukran atas komen anda. harap2, apa2 komen membina dapat membantu ana..peace!:)

NOOR AZLIZA ABI ABDULLAH berkata...

harta yang paling beharga adalah amal soleh.....

semoga kita semua tergolong diantara orang yang berada dijalan Allah

amin..

tombo hati...
ada 5 perkara...

Sihat Itu Satu Anugerah berkata...

betul tu saudari ana Muslim..
anak yang soleh sentiasa mendoakan ibu dan bapanya. semuanya hasil dari didikan agama,dari ibubapa yang soleh.peace:)

sakura suria berkata...

salam.. amin moga diri ini tidak tergolong dalam golongan yang tamak pada harta dunia....

Catat Ulasan

 
Design by SUNNAH STUDIO | Bloggerized by TERBITAN MUKMIN - Premium Blogger Themes | MADU KEIMANAN, SUNNAH STUDIO