
Ilmu Akidah ataupun ilmu tauhid adalah perkara utama dan pertama yang wajib dipelajari. Hal ini dengan melihat kepada beberapa dalil. Antaranya :Firman Allah ta`ala di dalam surah Muhammad ayat 19 yang bermaksud: "ketahuilah bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah dan mohonlah kemapunan bagi dosamu, bagi muslimin dan muslimat".Ayat ini mendahulukan perintah agar mempelajari ilmu Tauhid iaitu mengenal Allah sebelum perintah memohon ampun.Rasulullah SAW pernah ditanya tentang amalan yang paling utama, lalu baginda menjawab :أفضل الأعمال ايمان بالله و رسولهmaksudnya :"perbuatan yang paling utama (secara mutlak)...