BERTAQWALAH KEPADA ALLAH DI MANA JUA ANDA BERADA DAN DALAM APA JUA KEADAAN ANDA. IKHLASLAH KETIKA MELAKSANAKAN AMAL SOLEH DAN MENINGGALKAN DOSA. JANGAN LUPA BERKATA: "SAYA TIDAK TAHU" SEKIRANYA ANDA TIDAK TAHU
Ada satu hikayat bahawa seorang ahli ibadah yang jahil selalu berdoa agar dapat melihat iblis. Ada yang menasihatinya : Jangan berdoa demikian! mintalah keselamatan kepada Allah ta`ala daripada tipudayanya. Namun ia tetap berkeras kepala ingin melihat iblis. Maka diperlihatkan Allah ta`ala...
Rukun Iman dan Pengertiannya
Jibril Menyampaikan wahyu Mikail Membawa rezeki Israfil Meniup sangkakala ‘Izrail Mencabut nyawa Munkar Menyoal mayat di dalam kubur Nakir Menyoal mayat di dalam kubur Raqib Mencatit amalan kebajikan Atid Mencatit amalan kejahatan Malik Menjaga pintu neraka Ridwan Menjaga pintu syurga.
Ikhlas adalah cara utama mengatasi riyak
Apabila engkau bertanya : "kalau demikian, mohon diterangkan apa hakikat ikhlas dan riak itu, dan bagaimana hukumnya dan bagaimana asar ( kesannya ) terhadap ilmu?"
Definisi Asyairah
Perkataan al-Asya`irah diberikan atau digunakan kepada mereka yang
menjalani dan mengikut metode al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari
dalam perkara I`tiqad (keyakinan) (tidak secara taqlid buta tetapi
dengan cara mengambil petunjuk).
Jom ke Yaman
Daripada Abu Hurairah radiallahu`anhu berkata: Rasulullah sallallahu`alaihiwasallam bersabda: Telah datang ahlul Yaman, mereka adalah manusia yang paling lembut hatinya, iman itu di Yaman, fiqh itu di Yaman, dan al-Hikmah itu di Yaman.
Makna Ilmu Tasauf Ilmu tasauf itu adalah ilmu untuk mengetahui perlakuan hati sma ada perlakuan terpuji seperti merendah diri dan sabar mahupun perlakuan yang tercela seperti hasad dengki dan besar diri
Faedahnya Mengosongkan hati daripada perkara selain daripada Allah SWT dan dihiasinya dengan pandangan melihat kepada Tuhan Sekalian Alam
Tempat Hantarannya Tempat hantarannya itu ialah hati manusia yang berupa pihak perlakuan yang datang kepadanya. Hukumnya Hukumnya adalah fardhu Ain ke atas setiap orang yang berakal dan sudah cukup umur. Tempat Pengambilannya Tempat Pengambilan ilmu ini daripada Al-Quran yang mulia dan Hadis Nabi SAW
NAMA ILMU INI IALAH "ILMU TASAUF"
Maksud Ilmu Tasauf Ketahuilah bahawa Ilmu Tasauf bermaksud menyuci bersihkan kesemua anggota yang zahir daripada segala perbuatan yang keji agar hati menjadi suci bersih daripada segala sifat yang tercela. Apa yang dimaksudkan dengan kesemua anggota yang zahir itu ialah tujuh anggota jasad :
Pertama : Mata
Kedua : Telinga
Ketiga : Lidah
Keempat : Perut
Kelima : Kemaluan (Faraj)
Keenam : Kedua-dua Tangan
Ketujuh : Kedua-dua Kaki
Ingatilah selalu di dalam hatimu bahawa Allah SWT telah memberikan nikmat yang begitu banyak padamu yang berupa nikmat yang besar-besar iaitu keseluruhan anggotamu yang wajib anda pelihara dan mensyukurinya. Jika anda enggan dan tidak menjaganya, pasti kesemua anggota anda tersebut akan menjadi saksi ke atasmu pada hari Qiamat nanti.
Allah, tidak ada yang benar disembah hanya Dia yang Hidup dan Maha Kaya, tidak pernah ditimpa mengantuk dan tidak pernah tidor, bagin Nya sesuatu yang ada di langit dan di bumi, tidak ada yag boleh memberi syafaat kecuali denga izin Nya. Ia maha mengetahui segala apa yang terjadi di hadapan mereka dan dibelakang mereka. Tidaklah mereka meliputi ilmunya sedikit jua kecuali yang dikehendakki Nya. Lebih luas kerusinya dari langit dan bumi. Tidak susah bagi Nya memelihara keduanya. Ia maha Tinggi dan maha Besar.
Penjelasan :
Ayat Qursi disebut dengan perkataan Ayatul Qursi kerana di dalam ayat ini mengandungi perkataan Kursi yang memberi maksud tempat duduk yang megah lagi mempunyai martabat. Sesetengah pihak menyandarkan Kursi ini adalah tempat duduk Tuhan. Hakikatnya bukan begitu. Beranggapan demikian boleh membawa kepada kekufuran! Ini kerana jika seseorang itu mengatakan tempat duduk Allah, bererti Allah itu duduk sedangkan Allah itu tidak duduk. Duduk itu merupakan sifat makhluk dan Maha Suci Allah daripada menyamai dengan sifat makhluk.Sebagaimana ayat Al-Quran dalam surah As-Syuura Ayat yang kesebelas :
Maksudnya :
Allah Pencipta langit dan bumi. Dia menjadikan bagi kamu pasangan-pasangan dari jenis kamu sendiri, dan menjadikan dari jenis haiwan ternak pasangan- pasangan (juga). Dijadikan kamu berkembang biak dengan jalan itu. Tiada sesuatupun yang serupa dengan Dia, dan Dialah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.
Ayat "Tiada sesuatupun yang serupa dengan Dia" menunjukkan bahawa segala makhluk yang diciptakan oleh Allah SWT tidak menyamai langsung dengan Allah SWT sama ada dari segi sifat, dari segi zat, mahupun dari segi perbuatan. Bahkan setiap apa yang lahir dari pemikiran kita tentang Zat Allah SWT adalah bukan ZatNya yang Qadim lagi Azali. Jadi, perlu difahami bahawa perkataan Kursi di sini bukannya bermaksud bahawa kerusi tempat duduk Tuhan, tetapi Kursi itu adalah merupakan syiar kebesaran Allah SWT.
Tuhan jadikan Kursi itu meliputi tujuh lapis langit dan Bumi. Bahkan jika dibandingkan dengan kebesaran Kursi tersebut dengan Arasy Allah adalah diibaratkan seperti sebentuk cincin di tengah padang pasir yang luas.Begitulah kemegahan dan kebesaran Allah SWT.
Ayat Kursi ini diturunkan pada suatu malam setelah hijrah. Menurut riwayat, ketika ayat Kursi ini diturunkan, ia diiringi oleh beribu-ribu malaikat sebagai penghantarnya bagi menunjukkan kemuliaan dan kebesarannya. Bermula penurunan ayat tersebut, maka gemparlah seluruh bala tentera Iblis dan Syaitan kerana ia menjadi petanda bahawa telah wujud satu halangan kepada perjuangannya menyesatkan cucu cicit Nabi Adam.
KHASIAT AYAT KURSI :
Imam Ghazali menerangkan dalam kitabnya, Khawasul Qur'an : bahawa ibnu Kutaibah meriwayatkan suatu peristiwa yang berlaku di negeri Basrah, iaitu salah seorang pedagang Kurma yang bernama Ka'ab telah pergi ke negeri Basrah dengan membawa bersama barang dagangannya untuk dijual di pasar-pasar di Basrah. Setelah Ka'ab sampai di sana, dia mencari tempat untuk menginap tetapi kebanyakannya tempat di kawasan tersebut telah penuh oleh pedagang-pedagang yang datang lebih awal ke tempat tersebut. Kemudian terpandanglah Ka'ab akan sebuah rumah yang kosong dan tidak berpenghuni. Kelihatannya rumah itu agak uzur dan dipenuhi dengan sarang labah-labah sepertinya telah lama tidak didiami manusia. Lalu Ka'ab pun berjumpa dengan tuan rumah dan meminta untuk tinggal di situ selama seminggu.Maka tuan rumah itu mengatakan bahawa rumah ini sangat pelik dan selalu menjadi buah mulut orang ramai. Kata orang, rumah ini didiami jin Ifrit. Rmai orang yang mendiaminya binasa. Ka'ab pun berkata, meskipun begitu, disebabkan tempat lain sudah tiada, saya sedia untuk tinggal di sini, asalkan tuan mengizinkan saya untuk tinggal.
"Baiklah", kata tuan rumah. "saya tidak keberatan dan saya tidak akan meminta sebarang bayaran pun". Kaab pun mula tinggal di rumah itu. Pada siang harinya, tiada apa pun yang berlaku namun, sesuatu yang tidak diduga berlaku pada waktu malam. Kaab terlihat bayangan hitam dengan dua belah mata menyala-nyala seperti api mendekati Kaab. Maka pada ketika itulah Kaab bangun dan membaca:" Allaahu laa ilaaha illaa huwalhayyul qayyuum" tetapi bayangan hitam itu mengikut setiap patah perkataan yang dibaca oleh Kaab sehinggalah menghampiri ayat yang akhir. Apabila Kaab membaca ayat yang berbunyi "walaa ya uudhuhu hifzuhuma wahuwal 'aliyyul 'aziim", tiada lagi kedengaran suara tersebut mengikuti bacaannya. Setelah berulang-ulang kali membacanya, bayangan hitam tersebut hilang dari pandangan Kaab dan tercium bau seperti ada sesuatu yang terbakar. Kemudian, Kaab pun tidur di tempat tersebut tanpa gangguan apapun.
Pada esok paginya, Kaab melihat kesan seperti sesuatu telah tebakar di sudut rumah dan kelihatan ada abu. Saat itulah Kaab terdengar suatu suara berkata : " Hai Kaab, engkau telah membakar jin Ifrit yang ganas." Merasa hairan dengan hal tersebut lalu Kaab bertanya : "Dengan apakah aku membakarnya?" Jawab suara itu: " Dengan firman Tuhan, 'walaa ya uudhuhu hifzuhuma wahuwal aliyyul aziim"
2. Sesiapa membaca ayat Kursi setiap kali selesai sembahyang fardhu, pada waktu pagi dan petang, setiap kali masuk ke rumah dan ke pasar, setiap kali masuk ke tempat tidur dan pergi musafir, insya Allah akan diamankan dari godaan Syaitan dan kejahatan raja-raja yang kejam, diselamatkan dari kejahatan manusia dan haiwan yang berbisa dan memudharatkan, terpelihara dirinya dan keluarganya, anak-anaknya, hartanya, rumahnya dari sebarang kecurian, karam di lautan dan kebakaran, mendapat keselamatan dan kesihatan jasmanisnya dengan izin Tuhan Yang Hidup dan Berdiri Sendiri ( Maha Kaya). Demikianlah apa yang terdapat dalam keterangan Kitab Khawasul Qur'an, karangan Imam Al-Ghazali.
3. Barangsiapa mengamalkan membaca ayat Kursi, setiap kali membaca sebanyak lapan belas kali, Insya Allah dia akan hidup berjiwa Tauhid, dibukakan dadanya dengan berbagai nikmat, dimurahkan rezeki, dinaikkan martabatnya, diberikan kepadanya pengaruh sehingga orang selalu segan kepadanya, dipeliharakan dari segala bencana dengan izin Allah SWT. begitulah keterangan dalam kitab Asrorul Mufidah.
3.AL-JAMA’AH iaitu apa yang telah disepakati oleh para sahabat
Rasulullah s.a.w. pada masa Khulafa ar-Rasyidin (Khalifah Abu Bakar r.a., Umar bin al-Khattab r.a., Utsman bin Affan r.a., dan Ali bin Ali Thalib r.a.). Kata al-jama’ah ini diambil dari sabda Rasulullah s.a.w. :
“Barangsiapa yang ingin mendapatkan kehidupan yang damai di syurga, maka hendaklah ia mengikuti al-jama’ah (kelompok yang menjaga kebersamaan)”.
(H.R al-Tirmidzi (2091), dan al-Hakim (1/77-78) yang menilainya shahih dan disetujui oleh al-Hafizh al-Dzahabi).
4.Syeikh Abdul Qadir al-Jailani (471-561 H/1077-1166 M) menjelaskan:
“Al-Sunnah adalah apa yang telah diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. (meliputi ucapan, perilaku, serta ketetapan beliau). Sedangkan al-Jama’ah adalah segala sesuatu yang telah menjadi kesepakatan para sahabat Nabi s.a.w. pada masa Khulafa ar-Rasyidin yang empat, yang telah diberi hidayah (mudah-mudahan Allah member Rahmat kepada mereka semua)”.
(Di dalam Al-Ghunyah li Thalibi Thariq al-Haqq, juz I, m.s. 80)
5.Lebih jelas lagi, Hadhratus Syeikh KH. Hasyim Asy’ari (1287-1336 H/1871-1947 M) menyebutkan di dalam kitabnya “Ziyadat Ta’liqat”
m.s. 23-24.
“Adapun Ahlussunnah Wal-Jama’ah adalah kelompok ahli tafsir, ahli hadith dan ahli fiqih. Merekalah yang mengikuti dan berpegang teguh dengan sunnah Nabi s.a.w. dan sunnah Khulafa ar-Rasyidin sesudahnya. Mereka adalah kelompok yang selamat (al-firqah al-najiyah). Mereka mengatakan, bahawa kelompok tersebut sekarang ini terhimpun dalam mazhab yang empat, iaitu mazhab Hanafi. Maliki, Syafi’i dan Hanbali”.
Pada hakikatnya ajaran Nabi s.a.w. dan para sahabatnya tentang akidah itu sudah termaktub di dalam al-Quran dan as-Sunnah. Akan tetapi masih berselerakan dan tidak tersusun secara sisitematik. Baru pada masa setelahnya, ada usaha dari ulama’ Usuluddin yang besar iaitu Imam Abu Hassan Asy’ari yang lahir di Basrah tahun 260 H dan wafat pada tahun 324 H, juga Imam Abu Mansur al-Maturidi yang lahir di Samarkand, Uzbekistan dan wafat pada tahun 333 H. Maka Abu Hassan Asy’ari telah merumuskan Ilmu Tauhid ini secara sistenatik agar mudah difahami. Kedua ulama’ tersebut telah menulis kitab-kitab yang cukup banyak. Imam Abu Hassan Asy’ari menulis kitab “Tabyiin Kazbul Muftari”, “an-Nawadir”, “Maqalat al-Islamiyyin” dan lain-lain. Manakala Imam Mansur al-Maturidi menulis kitab “al-Tauhid”, Ta’wilat Ahl al-Sunnah dan lain-lain. Kerana jasa yang besar kedua ulama’ tersebut, sehingga penyebutan Ahlussunnah Wal Jama’ah selalu dikaitkan dengan kedua ulama’ tersebut.
Berkata Sayyid Murtadha al-Zabidi di dalm kitabnya “Ithah al-Sadah al-Muttaqin”, juz 2, m.s. 6.
“Jika disebut Ahlus Sunnah wal-Jama’ah maka yang dimaksudkan adalah para pengikut Imam Abu Hassan Ays’ari dan Imam al-Maturidi”
Dari penjelasan di atas, dapat di fahami bahawa Ahlussunnah wal Jama’ah bukanlah aliran baru yang muncul tetapi di hidupkan kembali oleh Imam Abu Hassan Asy’ari dan Imam Abu Mansur al-Maturidi. Imam Abu Hassan Asy’ari menghidupkan kembali Akidah yang dibawa oleh Nabi s.a.w. dahulu. Selepas kewafatan Nabi s.a.w., lahir aliran-aliran menyimpang dari agama islam sebagaimana yang disebut didalam beberapa hadis Nabi s.a.w. yang shahih, antaranya:
Rasulullah s.a.w. bersabda :
Ertinya : “Bahwasanya Bani Israil telah berfirqah-firqah sebanyak 73 millah (firqah) dan akan berfirqah umatku sebanyak 73 firqah, semuanya masuk neraka kecuali satu”. Sahabat-sahabat yang mendengar ucapan ini bertanya “Siapakah yang satu itu Ya Rasulullah?” Nabi menjawab : “Yang satu itu ialah orang yang berpegang (beri’tiqad) sebagai peganganku (I’tiqadku) dan pegangan sahabat-sahabatku”.
(Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi, lihat Shahih Tirmidzi juz X, m.s. 109)
Dalam hadist yang lain Rasulullah s.a.w. bersabda :
Ertinya : “Demi Tuhan yang berkuasa ke atas Muhammad, akan berfirqah umatku sebanyak 73 firqah, yang satu masuk syurga dan yang lain masuk neraka”. Bertanya para sahabat : “Siapakah firqah (yang tidak masuk neraka itu ya Rasulullah?” Nabi menjawab : “Ahlussunnah Wal Jama’ah”.
(Hadist ini diriwayatkan oleh Imam Thabarani).
Pengajian akidah yang disusun oleh Imam Abu Hassan Asy’ari iaitu “Sifat 13 dan ditambah oleh Imam Abu Mansur al-Maturidi 7 sifat maknawiyah tetapi Abu Hassan Asy’ari tidak menolak sifat maknawiyah ini. Bagi Abu Hassan Asy’ari 13 sifat ini sudah memadai tetapi bukan bermakana beliau menolak.
SENARAI SIFAT 20
1.Wujud (ada)
2.Qidam (sedia kala)
3.Baqa’ (kekal)
4.Qiamuhu Binafsih (tidak berhajat kepada sesuatu pun)
SIFAT MA’NAWIYAH YANG DITAMBAH OLEH IMAM ABU MANSUR AL-MATURIDI
14.Kaunuhu Qadiran (keadaan Dzat Allah ada sifat pekuasa)
15.Kaunuhu Muridan (keadaan Dzat Allah ada sifat pekehendak)
16.Kaunuhu Aliman (keadaan Dzat Allah ada sifat pengetahuan)
17.Kaunuhu Hayyan (keadaan Dzat Allah ada sifat hidup)
18.Kaunuhu Sami’an (keadaan Dzat Allah ada sifat pendengar)
19.Kaunuhu Bashiran (keadaan Dzat Allah ada sifat penglihat)
20.Kaunuhu Mutakalliman (keadaan Dzat Allah ada sifat pekata)
vIni hanya terjemahannya, bukan pembahasannya, wajib kepada setiap orang yang mukallaf mempelajari (megetahui pembahasannya) Akidah sifat dua puluh untuk mengesahkan amal ibadat kita dan menjauhkan kita daripada mensyirikkan Allah dengan menyamakan Allah dengan makhlukNya. Saya menyeru kepada sahabat-sahabat saya carilah guru yang boleh mengajar Akidah sifat dua puluh kerana inilah akidah yang sahih (benar). INGATLAH “AKIDAH YANG BENAR IBADAH YANG SAH”. Sekiranya akidah kita salah dan tidak betul, maka segala amalan kita tertolak dan kita kekal di dalam neraka buat selama-lamanya. Hanya orang yang beriman dan bertaqwa di janjikan syurga oleh Allah SWT.
vKesimpulannya janganlah kita keliru dengan penambahan yang di lakukan oleh Imam Abu Mansur al-Maturidi. Perbezaan Imam Abu Hassan Asy’ari dengan Imam Abu Mansur al-Maturidi hanyalah dari segi bilangan sifat Allah sahaja.
KENAPA SIFAT ALLAH ADA DUA PULUH?
Kadang kala ada pertanyaan, “mengapa sifat Allah yang wajib di ketahui oleh orang mukallaf hanya dua puluh sifat? Bukankah sifat-sifat Allah yang terdapat dalam al-Asma’ al-Husna ada Sembilan puluh Sembilan?’
Perlu diketahui bahawa Ahlussunnah Wal Jama’ah tidak membatasi sifat-sifat Allah menjadi dua puluh sifat. Ahlussunnah Wal Jama’ah menetapkan sifat dua puluh kerana sifat dua puluh itu adalah sifat Dzat Allah yang menjadi syarat ketuhanan (syarthul uluhiyyah). Sedangkan sifat-sifat Allah yang lain adalah sifat af’al (sifat yang berkaitan dengan perbuatan Allah). Dan sifat Al-Af’al Allah itu jumlahnya banyak serta tidak terbatas.
Wajib kita beri’tiqad bahawasanya sifat Allah itu banyak dan wajib kita tahu hanya sekadar dua puluh sifat untuk mengesahkan Iman kita.
Selepas kewafatan Imam Abu Hassan Asy’ari dan Imam Abu Mansur al-Maturidi, maka ulama’ yang datang selepas mereka, majoritinya berpegang dengan manhaj yang di susun oleh Imam Abu Hassan Asy’ari di dalam bab akidah, di dalam bab Feqah mereka berpegang dengan mazhab yang empat iaitu Imam Hanafi (80 H-150 W), Imam Maliki (93 H-176 W), Imam Syafi’i (150 H-820 W), Imam Hanbali ( 164 H-241 W). Manakala dalam Tasawuf pula mereka berpegang dengan Sheikh Junaid al-Baghdadi (W 297). Mazhab yang paling masyhur di dunia iaitu mazhab Syafi’i, sebagaimana yang dikhabarkan oleh Nabi s.a.w. sabdanya:
“Janganlah kamu mencela orang berketurunan Quraisy, maka sesungguhnya akan muncul seorang ‘alim dari keturunan Quraisy yang ilmunya memenuhi di seluruh dunia “
SENARAI ULAMA’-ULAMA’ YANG MUKTABAR BERPEGANG DENGAN AKIDAH IMAM ABU HASSAN ASY’ARI.
1.Imam Abu Bakar Al-Qaffal (wafat 365 H)
2.Imam Abu Ishaq Al-Asfarani (wafat 411 H)
3.Imam Al-Hafiz Al-Baihaqi (wafat 458 H)
4.Imam Qasim Al-Qusyairi (wafat 465 H)
5.Imam Al-Baqilani (wafat 403 H)
6.Imam Al-Ghazali (wafat 505 H)
7.Imam Fakhruddin Ar-Razi (wafat 606 H)
8.Al-Hafizh Taqiyy ad-Din Ali bin Abd al-Kafi as-Subki (W 765 H)
9.Al-Hafizh al-Faqih Waliyy ad-Din al ‘Iraqi (W 862 H)
10.Ibnu Hajar al-Haitami (W 974 H)
11.Syeikh Taqiyy ad-Din al-Husni, (W 826 H)pengarang kitab “Kifayatul Akhyar”
12.Al-Hafizh Ibnu Hajar al-Asqalani (W 852 H) yang mensyarah kitab Shahih Bukhari, nama kitab beliau “Fath al-Bari” yang menjadi rujukan seluruh ulama’ di dunia.
13.Al Imam Al Hafizh An-Nawawi yang mensyarah kitab Shahih Muslim.
14.Imam Baihaqy didalam kitabnya “Al Asma’ Was Sifat”
15.Imam Ibnu As-Sakir (H 550-620 W)
16.Imam Al Hafizh As Suyuthi
17.Imam Abdul Qadir Jailani
18.Imam Abu Mansur al-Baghdadi
19.Al Hafizh Azd Dzahabi (mantan murid Ibnu Taimiyah)
20.Murthada Azd Dzabidi
21.Imam Nasafie
22.Imam Ibrahim Laqqani
23.Imam Asy Syarbini
24.Al-Sheikh Al-Hafiz Abu Al-Fadl Abdullah Al-Siddiq Al-Ghumari
Kita seringkali membicarakan soal hati yang diibaratkan seperti raja kepada sekalian anggota tubuh badan. Pepatah sendiri mengatakan, "Rosak hati badan binasa". Sebagaimana hadis Rasulullah SAW pernah menyebut,
“Ingatlah bahawa dalam jasad ada segumpal daging, jika ia baik, maka baiklah jasad seluruhnya; jika ia rosak, maka rosaklah jasad seluruhnya. Ketahuilah bahawa segumpal daging itu adalah hati.” (Imam Bukhari dan Muslim).
Hadis ini mengingatkan tentang kedudukan hati yang begitu tinggi dalam diri manusia. Oleh kerana itulah, manusia perlu kepada penjagaan hati yang begitu rapi untuk memperoleh kesucian jiwa yang hakiki. Orang yang tidak mejaga hati mereka dengan sempurna pasti tidak akan terlepas daripada sikap yang buruk seperti sombong, takabur, dengki dengan kelebihan yang ada pada orang lain, bongkak dengan apa yang ada pada diri sendiri, mengadu domba antara manusia, memfitnah sesama saudara, marah dan lain-lain lagi. Tanya pada diri, hakikatnya mengapa begini jadinya? maka jawablah, tuntutan kepada material dan kebendaan dan hawa nafsu yang kerap mengganggu gugat hati manusia.
Mengenal nafsu adalah cukup mudah. Namun, menundukkannya adalah amat payah. Sifat hati adalah sentiasa inginkan teman, sama ada bertemankan Iblis laknatullah ataupun Malaikat. Nafsu pula bersifat sementara, iaitu setelah keinginannya tercapai, maka ia akan merasa puas dengan apa yang diperolehnya, tetapi ia berkeinginan kepada lebih dari itu. Beruntunglah bagi mereka yang membenarkan hatinya berkawan dengan malaikat, kerana hatinya akan sentiasa mengarah anggota tubuh badannya ke arah kebaikan. Segala tingkah lakunya adalah bertunjangkan kepada perbuatan yang diredhai oleh Allah. Namun, rugilah bagi mereka yang menundukkan hati mereka kepada nafsu dan juga Syaitan, kerana bisikan hatinya bukanlah lagi ke arah kebenaran, bahkan boleh mengundang kepada kemurkaan Allah SWT.
Apabila hati itu telah bersih, pasti tuannya akan sentiasa mencari jalan menuju Allah SWT dalam keadaan jiwa yang tenang, aman damai dan tenteram, sentiasa ingat kepada Allah SWT, merasa cukup dengan apa yang ada, beramal soleh dan taat akan segala perintah Allah SWT. Oleh itu, bimbinglah hati kita dengan sebaik mungkin sebagai usaha membersihkan hati dari keadaan yang kotor kepada kemurniaan. Tujuannya tidak lain dan tidak bukan adalah semata-mata untuk mengenal Allah SWT dan menghampirkan diri kepadaNya dalam mecari keredhaan-Nya.Carilah seorang doktor hati yang pakar dalam bidang kerohanian dalam membaiki hati dan juga hal-hal kebatinan yang ada dalam diri kita ini. Ambillah bai'ah dan talkin daripadanya, mudah-mudahan kita dapat membersihkan hati ini sebaik mungkin.
Begitu juga diwajibkan ke atas setiap mukallaf (akil yakni berakal, baligh yakni cukup umur, sampai seruan, sempurna hawasyi yakni tidak cacat pendengaran dan penglihatan)mempelajari ilmu tasauf yang merupakan ilmu bagi mengetahui segala perlakuan hati sama ada perlakuan terpuji mahupun tercela. Apakah itu ilmu tasauf? Insya Allah, kita akan bincangkan dengan lebih lanjut pada perbincangan yang akan datang. Sebagai hamba yang dhaif, saya memohon maaf sekiranya ada kekurangan pada catatan ini, maka itu bermakna kurangnya pengetahuan yang ada pada diri saya.
Akhir kalam, semoga apa yang ditulis memberi manfaat kepada diri saya sendiri, orang muda mahupun tua, saudara-saudara pencinta Ilmu tasauf, sahabat-sahabat dan seluruh Muslimin dan Muslimat.Wallaahu a'lam.
PUSAT FATWA MESIR MENJELASKAN KESESATAN PEMBAHAGIAN TAUHID ALA TAYMIYYAH DAN WAHHABIYYAH-PIHAK BERWAJIB WAJIB SEMAK SEMULA SILIBUS AKIDAH DI MALAYSIA
Assalamua’laikum warahmatullai wabarakatuh. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam,
Selawat dan Salam ke atas Rasulullah SAW, rahmat ke seluruh alam,
Juga kepada ahli keluarga dan para sahabat r.a yang telah bertebaran di merata alam;
1. Adalah menjadi satu kerisauan yang amat besar apabila penulis melihat ajaran Tauhid ala Wahhabi dan Taymiyyah telah diserap masuk ke dalam silibus dan pembelajaran agama di Malaysia.
2. Mengikut ajaran ala Wahhabiyah dan Taimiyyah, Tauhid dibahagikan kepada tiga bahagian: Pertama: Tauhid Rububiyyah, kedua: Tauhid Uluhiyyah dan ketiga: Tauhid Asma’ dan Sifat. Ramai yang tidak sedar atau tahu tentang hakikat ini.
Tauhid Rububiyyah -menyatakan bahawa orang musyrik itu bertauhid-astaghfirullah.
Tauhid Uluhiyyah-buat mengkafirkan umat Islam yang bertawassul, bertabarruk, beristighathah dengan para Anbiya’ dan awliya’-astaghfirullah.
Tauhid Asma’ dan Sifat-menjadikan ayat ayat mutashabihat sebagai asas tauhid dan meletakkan tashbih dan tajsim sebagai tauhid. Nau’zubillah.
Insya Allah, pihak al-Ashairah akan menerangkan kebathilan setiap satu tauhid versi Taimiyyah dan Wahhabi ini di masa akan datang. Sebenarnya telah banyak penulisan ulama’ mengenai perkara ini. Di Malaysia, tuan tuan boleh lihat senarai karangan Sheikh Muhammad Fuad Kamaluddin al –Maliki.
3. Namun begitu, apabila ada pihak yang berusaha agar pihak berkuasa agama dan pusat pengajian menyemak semula kemasukan ajaran Tauhid Tiga ini ke dalam silibus pengajian agama di Malaysia, terdapat pihak pihak yang kurang mengerti membantah dan menolak. Penulis berpendapat penolakan ini bukanlah berdasarkan kefahaman yang nyata.
4. Kalaulah kebenaran itu tidak jelas bagi mana mana pihak, baiklah dia berdiam dan berkecuali. Kalau tersilap sokong, termasuk dalam golongan ahli bida’h pula.
5. Dan Alhamdulillah pihak Darul Ifta’ Misriyyah (Pusat Fatwa Republik Mesir) telah menjelaskan bahawa pembahagian Tauhid ala Taimiyyah dan Wahhabiyyyah ini adalah TAUHID GOLONGAN KHAWARIJ dan MENYEBABKAN FITNAH TAKFIR (KAFIR MENGKAFIRKAN SESAMA MUSLIM).
6. Diharapkan agar pihak berkuasa agama dan institusi pengajian dapat menyemak semula silibus aqidah yang di ajar di tempat masing masing. Tanggungjawab ini akan dipersoalkan di akhirat nanti.
7. Penulis masih teringat bahawa di satu seminar anjuran INFAD – Pusat Fatwa, USIM ( dulu KUIM) pada tahun 2005 yang telah dihadiri oleh Syeikh Muhammad Saed Ramadhan al- Bouthi. Beliau ditanya tentang pembahagian Tauhid Tiga ini, maka beliau menjawab:
بدعة اصطلاحية ابتدعها ابن تيمية هذه
“ INILAH BIDA’H (ISTILAHIYYAH –SEBENARNYA ) YANG DILAKUKAN OLEH IBNU TAYMIYYAH.”
Penulis mendengar kata-kata ini daripada mulut beliau sendiri.
8. Berikut adalah sebahagian daripada terjemahan kami bagi Fatwa yang telah dikeluarkan oleh Pusat Fatwa Mesir berkaitan kesesatan Pembahagian Tauhid ala Taymiyyah dan Wahhabiyyah. Oleh kerana fatwanya agak panjang maka kami pilih yang sesuai bagi sesiapa yang boleh berbahasa Arab, silalah merujuk ke:
http://www.dar-alifta.org/ViewFatwa.aspx?ID=6623
Pembahasan :
1. Syirik dan Tauhid ( Iman ) tidak mungkin bersatu. Hal ini adalah 2 perkara yang berlawanan bagai siang dan malam.
“Tidak boleh berkumpul antara iman dan kikir di dalam hati orang yang beriman selama-lamanya” (HR Ibn Adiy)
Lihatlah : iman dan bakhil saja tidak akan bercampur!
Apalagi iman dengan kufur!!
TIDAK ADA SEBUTAN UMMMAT BERTAUHID BAGI YANG TAUHIDNYA BERCAMPUR DGN KUFUR, YANG ADA ADALAH MUSYRIK SECARA MUTLAK!
2. Orang kafir di nash kafir tidak layak disebut bertauhid (dengan tauhid apapun) bahkan orang yang telah masuk islam tapi melakukan perbuatan yang membuat mereka kufur, itupun tak layak mendapat sebutan bertauhid dan dinash sebagai KAFIR SECARA MUTLAK!
Dalil Kufur Fi’li:
Maknanya: “Janganlah kalian bersujud kepada matahari dan janganlah (pula) kepada bulan …” (Q.S. Fushsilat: 37)
Dalil Kufur Qauli:
Maknanya: “Dan jika kamu tanyakan kepada mereka (tentang apa yang mereka katakan) tentulah mereka akan menjawab sesungguhnya kami hanyalah bersendagurau dan bermain main saja. Katakanlah apakah terhadap ALLAH, ayat ayat Nya dan rasul Nya kamu berolok olok, tidak usah kamu minta maaf, kerana kamu telah kafir sesudah beriman……”(Q.S. at-TAUBAH 65-66)
Maknanya:”Mereka (orang-orang munafik) bersumpah dengan (nama) Allah, bahawa mereka telah mengatakan ( sesuatu yang menyakitimu). Sesungguhnya mereka telah mengucapkan perkataan kufur dan menjadi kafir sesudah mereka sebelumnya muslim…..”(Q.S. at –Taubah: 74)
3. Iman itu yaqin sepenuhnya dalam hati, diucapkan dgn lisan dan diamalkan dengan lisan. Orang hanya ucapannya saja itu tak layak disebut beriman/bertauhid!
Maknanya: “Sesungguhnya orang orang yang beriman hanyalah orang orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya kemudian mereka tidak ragu- ragu….”(Q.S. al Hujurat: 15)
4. Tidak ada pembahagian Tauhid Rububiyyah dan Uluhiyyah. Tauhid Uluhiyyah ialah Tauhid Rububiyyah dan tidak bisa dipisah.
Dari Abu Dzar ra. Berkata, Rasulullah saw bersabda :”Tidaklah seorang hamba ALLAH yang mengucapkan Laa ilaha illallah kemudian mati dengan kalimat itu melainkan ia pasti masuk sorga”, saya berkata : “walaupun ia berzina dan mencuri?”, Baginda menjawab :”walaupun ia berzina dan mencuri”, saya berkata lagi:”walaupun ia berzina dan mencuri?” Baginda menjawab:”walaupun ia berzina dan mencuri, walaupun abu Dzar tidak suka”(HR imam Bukhary, bab pakaian putih, Hadis no.5827). Lihat ratusan hadis ttg kalimat tauhid laa ilaha illah dalam kutubushitah!)
Kalimat “laailaha illallah” mencakup rububiyyah dan uluhiyyah, kalau saja uluhiyyah tak mencukupi, maka syahadat ditambah:”laa ilaha wa rabba ilallah” tapi nyatanya begitu!!
Hadis tentang pertanyaan malaikat munkar nakir di kubur :”Man rabbuka?”kalaulah Tauhid Rububiyyah tidak mencukupi, pastilah akan di Tanya : Man rabbuka wa ilaahuka?, tapi nyatanya tidak!!
5. WAHABY MENGGELARI ORANG YANG DI NASH KAFIR SECARA MUTLAK OLEH ALLAH DAN RASULNYA DENGAN GELAR “UMAT BERTAUHID RUBUBIYAH”
-orang kafir tetap disebut kafir secara mutlak, tak ada satupun gelaran “tauhid” bagi mereka! Lihat QS. Az Zukhruf ayat 88:
ولا يملك الذين يدعون من دونه الشفاعة الا من شهد بالحق وهم يعلمون
ولئن سألتهم من خلقهم ليقولن الله فأنى يؤفكون
هؤلاء قوم لا يؤمنون و قيله يا رب ان
فاصفح عنهم و قل سلام فسوف يعلمون
86. Dan sembahan sembahan yang mereka sembah selain Allah tidak dapat memberi syafaat akan tetapi ( orang yang dapat member syafaat ialah) orang yang mengakui yang hak ( tauhid) dan mereka meyakini(nya)1368
87. Dan sungguh jika kamu bertanya kepada mereka: ‘Siapakah yang menciptakan mereka, nescaya mereka menjawab: “Allah”, maka bagaimanakah mereka dapat dipalingkan (dari menyembah Allah)?
88. Dan (Allah mengetahui) ucapan Muhammad :” Ya Tuhanku, sesungguhnya mereka itu adalah kaum yang tidak beriman (tidak bertauhid DI NASH KAFIR SECARA MUTLAK!!)”.
89. Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah: “ Salam (selamat tinggal).”Kelak mereka akan mengetahui ( nasib mereka yang buruk).
(QS. Az Zukhruf: 86-89)
Orang kafir menurut tauhid rububiyyah wahaby sendiri tidak yakin 100% kerububiyahan Allah, MEREKA MASIH MEYAKINI BERHALA BERHALA BISA MEMBERI MANFAAT!!! Mereka telah dinash kafir atau tidak ada iman oleh ALLAH dan Rasulnya! Tak ada satupun gelaran “tauhid” bagi mereka! Lihat QS. AzZukhruf ayat 88
Sedangkan “seseorang kafir tidak mungkin muslim apalagi mukmin
( beriman/bertauhid )”
Dan “seseorang mukmin itu pasti muslim, tapi seorang muslim itu belum tentu mukmin” sesuai dengan firman ALLAH:
Surah Al Hujurat : 14
Jadi, muslim = orang islam(secara hukum) sudah syahadatain
Munafiq = muslim ( secara hukum ) yang bukan mukmin,zahirnya muslim tapi aqidahnya belum betul
Mukmin=orang yang imannya betul dan kuat dan pasti muslim
Kafir=bukan muslim apalagi mukmin
Orang orang Arab Badwi berkata, “kami telah beriman. “ Katakanlah (kepada mereka). “kamu belum beriman, tetapi katakanlah ‘kami telah tunduk (Islam), kerana iman belum masuk ke dalam hatimu……..”
Kenapa wahaby menghukumi orang kafir ebagai “umat bertauhid/ beriman rububiyah”???
Kesimpulan ( sila kan rujuk pusat fatwa al-azhar Mesir)
Orang Wahaby mengatakan : Orang kafir mengakui adanya Allah tetapi mereka menyembah selain Allah. Jadi, kata mereka, ada orang yang mengakui adanya Tuhan tetapi menyembah selain Tuhan adalah bertauhid Rububiyyah iaitu Tauhid nya orang yang mempersekutukan ALLAH. Adapun tauhid Uluhiyah ialah tauhid yang sebenar benarnya iaitu mengesakan Tuhan sehingga tidak ada yang disembah selain ALLAH.
Demikian pengajian Wahabi. Pengajian seperti ini tidak pernah ada sejak dahulu, hairan kita melihat falsafahnya. Orang kafir yang mempersekutukan Tuhan digelar kaum Tauhid. Adakah sahabat sahabat Nabi menamakan orang musyrik sebagai ummat Tauhid? TIDAK!!
Syirik dan Tauhid tidak mungkin bersatu. Hal ini adalah 2 perkara yang berlawanan bagai siang degan malam. Mungkinkah bersatu siang dengan malam serentak?? Begitulah juga tidak adanya syirik dan tauhid bersatu dalam diri seseorang. Sama ada dia Tauhid atau Musyrik. Tidak ada kedua duanya sekali. Jelas ini adalah ajaran sesat dan bidaah yang dipelopori oleh puak Wahabi dan kini telah merebak ke dalam pengajian Islam terutamanya di Timur Tengah. Kaum Wahabi yang sesat ini menciptakan pengajian baru dengan maksud untuk menggolongkan manusia yang datang menziarahi makam Nabi di Madinah, bertawasul dan amalan Ahlussunnah wal Jamaah yang lain sebagai “orang kafir” yang bertauhid Rububiyah dan yang mengikuti mereka sahaja adalah tergolong dalam Tauhid Uluhiyyah.
Kesemua aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah berlandaskan al-Qur’an, al-Hadith serta ijma‘ ulama. Ahli Sunnah menyifatkan Allah dengan sifat-sifat yang telah dinyatakan oleh Allah Ta‘ala sendiri di dalam al-Qur’an dan apa yang telah dinyatakan oleh Rasulullah di dalam hadith Baginda tanpa mereka menyandarkan sifat tasybih ( هيبشت ) atau tajsim ( ميسجت ) bagi Allah, mereka juga menafikan sifat duduk, bertempat, berkaki, berbetis, zat yang turun naik dari langit ke bumi, berada di atas langit, berada di atas ‘arasy, dan sebagainya dari sifat yang tidak layak bagi Tuhan yang mencipta segala makhluk-Nya. Ini semua berdasarkan firman Allah di dalam Surah al-Syura ayat 11 yang bermaksud:
“Tiada sesuatupun yang menyerupai-Nya.”
Wujud-Nya Allah tanpa diliputi tempat berdalilkan juga dari sabda Nabi Muhammad yang bermaksud:
“Allah telah sedia wujud (azali) dan tiada sesuatupun selain Allah itu azali.”
(Riwayat al-Bukhariyy dalam Sahih al-Bukhariyy)
Ini menunjukkan bahawa Dia sahaja yang wujudnya azali manakala tempat, ‘arasy, langit, dan selainnya bukan azali.
Ijma‘ para ulama yang telah dinukilkan oleh Imam ‘Abd al-Qahir bin Tahir al-Baghdadiyy dalam kitab al-Farq Bayna al-Firaq ( قارفلا نيب قرفلا ) halaman 333 cetakan Dar al-Ma‘rifah jelas menunjukkan kewujudan Allah bukanlah berada di atas ‘arasy, akan tetapi Allah wujud tanpa diliputi oleh tempat:
“Dan telah disepakati dan di-ijma‘-kan bahawa Allah tidak diliputi tempat.”
Demikian ijma‘ para ulama yang tidak boleh ditolak lagi oleh golongan mujassimah ( ةمسجم ) dan musyabbihah ( ةهبشم ).